ISU SEMASA

“Takkanlah Nak Minum Air Pun Kena Pakai Mask?”, – Netizen Bengang Saman Makin Mengarut Oleh Pihak Berkuasa

Umum tahu sejak perintah PKP dilaksanakan, semua rakyat Malaysia yang ingin pergi kemana-mana tempat awam perlulah memakai face mask dan patuh pada penjarakan yang ditetapkan oleh kerajaan.Ada yang patuh dan ada yang degil, tapi yang degil macam biasa la saman dikeluarkan bagi mendidik mereka agar patuh pada arahan dan juga untuk keselamatan bersama.

Bagaimanapun kecoh di media sosial sejak semalam apabila dikatakan 2 orang lelaki telah disaman oleh pihak berkuasa hanya kerana mask mereka masih di dagu selepas minum air seperti dilaporkan oleh portal ohmedia. Ianya sungguh tak logik!

Menurut laporan tersebut, pada asalnya dua penunggang motosikal tersebut hantar kawan mereka ke sebuah shopping mall. Sementara menunggu, mereka beli dua minuman dan tarik mask mereka ke bawah untuk minum air. Bila dah habis minum, mereka biarkan mask di dagu sekejap dan tak tarik ke atas semula.

Baru nak letak air ke dalam raga motor, tiba-tiba tiga lelaki yang hanya berpakaian biasa datang dekat diorang. Bila salah seorang dah tunjuk kad, rupa-rupanya mereka adalah pegawai polis. Apa lagi, dua penunggang motosikal tu memang kena saman lah RM1,000 seorang.

Memanglah pegawai polis tu jalankan tugas, tapi kena consider jugaklah. Orang tu minum air je, bukannya jalan keliling shopping mall tak pakai mask. Rata-rata netizen pun memang tak puas hati dengan tindakan yang dikenakan.

Harap sangat pihak bertanggungjawab dapat semak balik dan tetapkan keadaan yang macam mana baru boleh dikeluarkan saman. Lagi bagus kalau ianya pada amaran lisan kalau untuk pertama kali, kita nak mendidik bukan nak menghukum sewenang-wenangnya.

Kredit : world of Buzz via ohmedia