ISU SEMASA

Polis ada bukti kukuh dua lelaki dikompaun sebab langgar SOP

Semalam telah viral di media sosial apabila dikatakan 2 orang lelaki telah disaman oleh pihak berkuasa hanya kerana mask mereka masih di dagu selepas minum air.

Baca : “Takkanlah Nak Minum Air Pun Kena Pakai Mask?”, – Netizen Bengang Saman Makin Mengarut Oleh Pihak Berkuasa

Bagaimanapun menurut laporan dari sinar, pihak berkuasa telah tampil dan menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku kepada umum.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat sebaliknya berkata, kompaun sebanyak RM1,000 itu dikeluarkan selepas pemerhatian mendapati kedua-dua remaja lelaki berusia 17 dan 18 tahun itu berbual menghadap satu sama lain tanpa memakai pelitup muka dan tidak mematuhi penjarakkan fizikal.

Menurutnya, kejadian itu berlaku ketika operasi cegah jenayah dan rondaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sekitar Parit Buntar sekitar jam 12 tengah hari pada Selasa lalu.

“Pegawai yang bertugas telah membuat pemerhatian selama 10 minit dan sepanjang tempoh itu, kedua-dua lelaki terbabit masih tidak memakai pelitup muka.

“Kemudian pegawai itu telah datang ke arah mereka dan memperkenalkan diri dengan menunjukkan kad kuasa polis,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, pegawai terbabit telah menjelaskan kesalahan yang dilakukan di bawah Peraturan 10 Akta Pencgahan dan Pengawalan Penykit Berjngkit 1988 sebelum membawa kedua-duanya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian untuk tindakan kompaun.

“Polis turut mempunyai bukti bergambar dan video di tempat kejadian dan ia jelas menunjukkan dua lelaki terbabit melnggar pematuhan SOP ditetapkan,” katanya.

Terdahulu, sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan dua penunggang motosikal didnda RM1,000 setiap seorang kerana menanggalkan pelitup muka untuk minum air.

Ketika kejadian, mereka dikatakan sedang menunggu rakan telah membeli minuman sebelum menarik pelitup muka ke bahagian dagu untuk minum.

Selesai minum, mereka didapati gagal untuk menarik pelitup muka kembali kepada keadaan asal dan menyebabkan kedua-duanya dikenakan tindakan kompaun.

Sumber : sinar harian