Hiburan

Pembikinan filem Mael Totey masih ketinggalan, masih belum capai ‘standard’, kata Ellie Surianti

Pasti ramai yang sudah menonton filem mael totey, arahan dari Syahmi Syazli seorang youtuber terkenal dari Kelantan, meskipun mendapat kritikan dari sesetengah pihak tapi harus diakui filem ini berjaya mencipta satu fenomena baru dalam industri filem tanah air apabila berjaya mengutip lebih dari RM 5 juta sepanjang ditayangkan di astro first.

Bagaimana pun pengarah dan penerbit terkenal, Ellie Surianti ada pandangannya yang tersendiri.Beliau memberitahu kejayaan filem Mael Totey The Movie yang berjaya meraih kutipan lebih RM5 juta itu tidak boleh dijadikan penanda aras untuk sesebuah karya kreatif.

Ellie berkata, filem tersebut masih belum mencapai tahap teknikal sesebuah penerbitan filem.

“Mael Totey ada follower yang ramai, berjuta… tetapi dalam industri kita ada banyak genre filem.

“Kita tidak boleh meletakkan Mael Totey itu sebagai benchmark untuk karya kreatif yang sempurna.

“Kalau kita nak sebut daripada teknikal sebagai pembikin filem, ia tidak mencapai tetapi oleh kerana ia popular dan mempunyai peminat tersendiri sudah tentu dia berjaya, ” ujarnya kepada mStar.

Sumber : mStar Online