ISU SEMASA

Hospital Tidak Mampu Tampung Lagi, Jika Kes Harian 4 Digit Setiap Hari, kata Dr Noor Hisham

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hospital dan fasiliti kesihatan di negara ini mungkin tidak dapat menampung pes4kit C0vid-19 jika kes harian terus mencatatkan 4 digit setiap hari.

Namun, pihaknya akan terus mempertingkatkan usaha bagi mengurangkan nilai kadar kebolehjngkitan kepada sekurang-kurangnya di bawah 1.0.

Tambahnya lagi, tindakan kesihatan awam adalah cara paling baik selain kerjasama semua pihak termasuklah mematuhi SOP dalam memutuskan penularan w4bak ini.

Kawalan rentas negeri perlu diperketatkan lagi


Dr Noor Hisham turut menyarankan agar kawalan rentas daerah dan negeri perlu diperketatkan dan ditingkatkan bagi memastikan penularan dapat diputuskan.

Ini kerana, penularan jngkitan terutamanya di Semenanjung amat membimbangkan. Contohnya, di Lembah Klang serta Negeri Sembilan yang mencatatkan 427 kes pada Rabu iaiu melebihi kes di Sabah.

“Untuk kekang jngkitan, kita telah laksanakan pelbagai tindakan contohnya mereka yang berada di zon merah tetapi kembali ke Kelantan perlu memakai wrist band serta kuarantin,” katanya.

Sumber : Bernama