ISU SEMASA

“Ni Kerja Kau Belakang Aku Ye?” – Adik Tergamak Rampas Teman Lelaki Kakak Kandung Sendiri

Bila melibatkan soal hati dan perasaan, sukar untuk kita jangka apa yang akan terjadi. Sudah banyak kes kawan caras pasangan kawan tetapi kali ini agak rare kerana melibatkan saudara kandung sendiri.

Viral di twitter apabila sebuah video menunjukkan seorang perempuan secara tiba-tiba muncul dan terjah dan sejurus itu satu pelempang hinggap pada teman lelakinya yang pada ketika itu sedang asyik menjamu selera bersama adik perempuannya.

Berikut video yang dikatakan adik perempuannya merampas kekasih kakak. 

seorang pengguna media sosial yang menggunakan nama samaran Nurda Nb menjelaskan apa yang berlaku menerusi posting di laman akaun Facebook.

Menurutnya, lelaki tersebut memang sweet termasuklah dengan adik kepada teman wanitanya dan malam kejadian lelaki tersebut kantoi menipu kononnya ada makan malam dengan keluarga.

“Aku dah dapat agak setiap kali aku ajak keluar kau nak ikut aku dan si jantan pulak beria-ria nak adik aku ikut sekali. Untuk kali ni aku sendiri yang kantoikan korang,”

Tambahnya lagi, perkara ini sudah lama dihidu dan tidak mahu menyebarkan untuk membuka aib sesiapa tapi demi untuk memberi peringatan dan pengajaran kepada semua orang untuk lebih berhati-hati dalam hubungan.

Apapun kita doakan agar perkara tersebut dapat diselesaikan dengan baik.

Sumber : koolfm