Hiburan

Ramai Pulak Berebut-Rebut Nak Kahwin Dengan Pendakwah, tapi bukan bagi Joy, nampak alim tapi halimunan

Sudah agak lama tidak mendengar gosip dari usahawan kosmetik terkenal Joy Revfa, baru-baru ini melalui instagramnya dia ada memuat naik status terbaru meluahkan rasa kagum apabila melihat trend sekarang semakin ramai yang terbuka untuk berkahwin dengan golongan pendakwah.

Menurut empunya nama sebenar Siti Arifah Mohd Amin ini, mungkin bagi orang lain tetapi tidak bagi dirinya yang sudah serik.

“Baguslah ramai yang terbuka hati nak kahwin dengan pendakwah. Jadi trending pula yang berebut-rebut nak jadikan calon suami. Tapi bagi Joy…serik kot. Nampak je alim tapi HALIMunan,” tulisnya.

Status yang dimuat naik tersebut menjadi panas apabila dilihat ada segelintir pihak kurang senang dengan perkongsiannya itu seolah menyindir seseorang. Bagaimanapun, Joy menjelaskan perkongsiannya itu tiada kena mengena dengan sesiapa.

“Peliknya.. status joy tadi tak ada kena mengena pun dengan suami akak masing-masing.. tak ada kena mengena dengan bekas husband (rasanya dia penyanyi bukan pendakwah) atau tak ada kena mengena pun dengan PU Riz.

“Joy tuju pada pendakwah tapi bersifat tak senonoh. Dah tahu diri tu “ustaz” tapi minta gambar pakai baju tidur dan nak gambar yang bukan-bukan dari whatsapp Joy ni. Pkul isteri sampai l3bam, girlfriend bertukar-tukar,” tulisnya.

Jelasnya, hanya wanita yang pernah terkena dengan golongan sedemikian sahaja yang memahami kenyatannya itu. Joy turut meminta wanita di luar sana agar menjaga suami masing-masing bimbang akan terkena perkara yang sama.

“Wanita yang pernah terkena dengan spesis macam ni yang faham dengan statement joy tu. Yang tak paham tu mungkin korang tak pernah terkena. Jadi, jaga suami tu baik-baik, grang sikit tak apa supaya tak jadi macam ustaz Hamadi,” tulisnya.-rotikaya