Hiburan

Tayang Baki Akaun Bank RM40, Aaron Aziz Berkongsi Tak Semua Artis Mewah Di Instagram

Bila disebut artis, pasti ramai yang beranggapan kehidupan golongan ini ibarat golongan kayangan, hidup mewah bercuti sana-sini, beli barangan berjenama, rumah banglo dan kereta mewah.

Disebabkan itulah ramai anak muda sekarang berangan-angan nak jadi selebriti bila dewasa kelak. Itu hanyalah anggapan anda, hakikat sebenarnya tak seperti yang disangka, benar ada yang mewah tapi hanya segelintir dan dalam kategori selebriti kelas A.

Pelakon sado idaman wanita, Datuk Aaron Aziz berkongsikan satu entri menerusi Instagram menunjukkan baki di dalam satu akaun bank. Apa yang menjadi perhatian adalah akaun tersebut hanya berbaki RM40 sahaja.

Menerusi laporan rotikaya, urut disertakan kapsyen dimana Aaron berkata artis juga sama seperti manusia lain, tidak semuanya hidup mewah.

Aaron juga dilihat sempat berseloroh bertanyakan kepada pengikutnya makanan apa yang boleh dibeli dengan baki RM40 itu untuk empat orang.

Bagaimanapun, rata-rata netizen tidak percaya jika hanya itu satu-satunya akaun bank milik Aaron. Ada netizen yang mengatakan cuba lihat akaun simpanan isterinya, pasti ada berjuta-juta.

Sumber : rotikaya