Hiburan

Nabila Razali Tak Kisah Kalau Jodohnya Dengan MK K-Clique

Nabila Razali dan MK dari kumpulan K-Clique dikatakan sangat secocok oleh peminat. Ini dapat dilihat melalui gandingan mereka berdua dalam video music peluang kedua.

Hanya melakukan yang terbaik untuk menyampaikan mesej dalam muzik video tersebut, bagaimanapun Nabila berkata dia tidak menolak jodoh dengan sesiapa sahaja termasuk MK jika ianya sudah tertulis.

“Kalau bercakap fasal jodoh ni saya tak boleh buat apa, saya faham mungkin orang nampak keserasian kami dalam muzik video Peluang Kedua.

“Bagi saya, ia satu tanggungjawab untuk kami sampaikan mesej dan MK lakukan dengan sangat baik,” ujarnya kepada mStar.

Nabila Razali atau lagi mesra dipanggil Bella berkata dia tidak menjangka lagu dan muzik video Peluang Kedua mendapat perhatian sehingga hari ini dan kini menerima lebih daripada 65,000 komen di YouTube.

SUMBER MSTAR ONLINE via rotikaya