Hiburan

Doa Neelofa sudah dimakbulkan?

Dunia hiburan tanah air masih lagi dikejutkan dengan gosip kononnya selebriti dan juga usahawan berjaya, Neelofa sudah dirisik oleh PU Riz.

Menerusi laporan harian metro, akaun Instagram rasmi saluran televisyen Naura, @naurashares berkongsi semula perkongsian doa yang sering membuat bekas pengacara MeleTOP itu mengalirkan air mata.

Tanpa sedar doa yang dikongsikan kepada pengikut Naura tahun lalu itu seakan-akan dimakbulkan Allah dan dikongsikan semula di media sosial Naurashares.

Tambahnya lagi , dia sentiasa berdoa supaya dikurniakan pasangan yang bukan hanya boleh membahagiakannya, tetapi seluruh umat Islam.

“Ya Allah, berikan saya pasangan yang bukan saja boleh membahagiakan saya, tapi juga keluarga, rakan-rakan, peminat dan seluruh umat Islan. Saya sentiasa berdoa apabila saya bersama dengan pasangan itu, semua orang akan rasa bahagia,” katanya.

Dalam rakaman tersebut, jelas sekali Neelofa dilihat gagal menahan sebak dan sukar mengungkapkan doa yang sentiasa dipohon daripada Allah SWT.

Sementara itu, perkongsian Naura di Instagram sejak semalam itu menerima maklum balas positif daripada peminat yang tidak menyangka Neelofa menemui seseorang yang diimpikan selama ini.

Ramai netizen memberikan komen meluahkan rasa syukur apabila pengacara itu hampir menemui pilihan hati yang terbaik untuk dirinya.

Sementara itu, Neelofa menerusi Instagram Story mengakui sukar untuk mendengar rakaman video itu kerana akan mengalirkan air mata semula.

“Saya tak mampu untuk menonton video di Naura Shares. Mesti rasa nak menangis semula,” tulisnya.