Hiburan

Peguam Aliff Syukri minta SPRM lepaskan kembali aset-aset yang dibeku, nafi terlibat macau scam

Malaysia Gazette melaporkan, dua orang peguam usahawan kosmetik dan juga selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri merayu supaya SPRM melepaskan kembali aset-asetnya yang telah dibekukan oleh badan penguatkuasa undang-undang sebelum ini.

Melalui sepucuk surat yang ditujukan kepada Ketua Pengarah SPRM, Datuk Seri Azam Baki, memohon agar aset milik Aliff dan isterinya, Datin Nur Shahida yang dir4ampas dan disiita pada 1 Oktober lalu dilepaskan.

Difahamkan, kedua-kedua peguam itu dilantik bagi urusan-urusan hal ehwal perundangan yang berkaitan dengan Aliff dan isterinya.

Sebelum ini, Aliff menafikan dakwaan dia terbabit dalam kes peniipuan Macau Scam. Aliff memberitahu sentiasa berusaha mencari rezeki halal selain membantu mereka yang terjejas ekonomi akibat C0vid-19.

Datuk Terlajak Laris itu juga turut meminta orang ramai agar tidak membuat tuduhan melulu terhadap perniagaan yang didakwanya diusahakan secara halal.

SPRM membekukan lebih RM80 juta daripada 730 akaun bank dan menyita wang tunai berjumlah RM5 juta berhubung pengubahan wang yang turut mengaitkan beberapa selebriti.

SUMBER MALAYSIA GAZETTE