ISU SEMASA

Penjawat awam tidak patut terima BPN, kata Rohani Mohd Shahir

Bermula dari China sehinggalah satu dunia dihantui pandemik C0VID-19, impaknya sungguh mengejutkan.Dari segi ekonomi ianya memang membawa kesan yang sangat tidak tersangka.

Bukan sekadar company kecil terkesan tapi banyak company gergasi juga tidak terkecuali. Industri perlancongan dan sektor penerbangan memang sangat2 teruk.Alhamdulillah,kerajaan prihatin memberikan bantuan kepada rakyat.

Tetapi menurut Puan Rohani yang juga perunding utama Hijrah Wealth Management Sdn. Bhd., golongan yang terkesan adalah mereka yang dipotong gaji dan diberhentikan kerja.Oleh sebab itu penjawat awam tidak sepatutnya menerima BPN kerana ianya sepatutnya diterima golongan yang benar-benar terjejas.

“Amat z4lim kalau kita berikan kepada semua orang kerana adil itu tidak melangkaui batas, adil itu memberi kepada orang yang memang memerlukan.

“Jadi biarlah kita salurkan bantuan itu kepada mereka yang memerlukan,” katanya pada program Sinar Live bertajuk ‘Dari T20 Kepada M20’ hari ini.

Program yang dihoskan Haslina AR Kamaludin turut menampilkan seorang lagi tetamu jemputan yang juga bekas juruterbang, Khairul Anwar Ajid.

Menurutnya, golongan yang tidak terjejas tidak seharusnya menerima bantuan tunai daripada kerajaan.

“Saya tidak setuju bantuan-bantuan (kerajaan) kerajaan diberikan secara rambang macam itu. Seharusnya kerajaan perhalusi kumpulan mana yang perlukan bantuan.

“Saya memang tidak setuju sebenarnya kakitangan kerajaan pun dapat BPN,” katanya.

Katanya, kerajaan diminta meneliti perkara itu semula supaya tumpuan dapat diberikan untuk membantu golongan yang benar-benar memerlukan sahaja.

“Saya doakan pihak berkuasa dan ahli politik fikirkanlah perkara ini. Letakkan anda dan keluarga anda dalam situasi mereka (kumpulan yang terjejas) dan anda akan berikan yang terbaik,” katanya.

Sementara itu, pada program tersebut, Khairul Anwar berkongsi mengenai C0vid-19 mengubah gaya hidupnya dari udara ke darat iaitu dari juruterbang menjadi penghantar makanan.

Menurutnya, akibat hilang pekerjaan wang simpanannya hanya bertahan selama enam bulan.

“Justeru saya berterima kasih kepada kerajaan dari segi pelaksanaan moratorium dan memberi bantuan kerana setakat ini dapat menenangkan fikirkan kami serta dapat tidur dengan tenang.

Dipetik dari sinar harian