Hiburan

Nia Ramadhani geram anak menangis gara-gara dibahan dek netizen

Selebriti sensasi Indonesia Nia Ramadhani meluahkan rasa m4rah dan ger4am dengan netizen yang memberikan komen negatif di laman sosial anaknya Mikhayla.

Melihat keadaan itu, Nia menasihati Mikhayla, 8, agar tidak membaca komen-komen negatif yang boleh menganggu emosinya.

“Ini sebab mama tak mahu kamu ada Instagram kerana komen-komen yang begini.

“Mereka tidak fikir perasaan kamu, suka-suka sahaja cakap. Jangan baca semuanya, mereka tidak kenal kamu, mereka tidak tahu kita, ” ujarnya.

Dalam pada itu, Nia turut menasihatkan anaknya agar berfikir panjang sebelum menulis sebarang komen supaya tidak bersikap seperti netizen berkenaan.

“Sama kejadian seperti tadi, kamu juga perlu fikir dahulu sebelum kamu cakap” ujarnya.

Nia turut meluahkan rasa kesal apabila anaknya yang masih kecil menjadi mangsa buli netizen.

“Saya tidak faham dan kesal, saya tidak pernah buat seperti itu tapi anak saya yang jadi m4ngsa komen negatif. Benci!” Ujarnya.