Amalan

Ramai Suka Buat, Inilah Padah Menanti Mereka Yang Memandu Dengan Kaki Ayam!

Jika anda perasan, sebenarnya ramai dari antara kita yang suka memandu tanpa memakai kasut.Tidak kira lelaki atau wanita, ini demikian kerana dirasakan dengan cara itu akan membuatkan diri jadi lebih dekat dengan kereta.

Pemandu rata-ratanya gemar untuk tidak memakai kasut atas alasan lebih selesa, malah ada juga pemandu dari kalangan wanita yang gemar memandu dengan menggunakan kasut tumit tinggi.

Tahukah anda, kedua-dua tindakan ini boleh mendatangkan b4ahaya, terutamanya apabila berhadapan dengan situasi cem4as di jalan raya?

Menurut kajian, 40 peratus wanita mengaku memandu menggunakan kasut tumit tinggi, 39 peratus pula memakai sandal, dan 24 peratus hanya berkaki ayam.

Dalam kajian sama, 27 peratus pemandu lelaki mengaku memandu dengan memakai kasut, dan 22 peratus lagi memandu dengan berkaki ayam.

Mengikut standard kesel4amatan, pemakaian kasut adalah perlu ketika memandu, dan sebaik-baiknya kasut yang bertumit rata. Ia adalah bagi memberi cengk4aman yang baik pada pedal kereta.

Jika tiada cengk4aman yang baik pada pedal kereta, ia dikhuatiri boleh menyebabkan tergelincir, seterusnya mendatangkan bah4aya dan kem4alangan.

Kasut membantu memberi tek4anan pada kaki ketika memandu, berbanding dengan hanya berkaki ayam. Selain itu, ia juga melindungi kaki sekiranya kem4alangan berlaku secara berdepan.

Sumber: Geico Living via era.je