Hiburan

“Tolong Doakan Kebahagiaan Buat Kami …” – Nonny Nadirah Umum Batal Majlis Perkahwinan Dengan Niezam Zaidi

Pasangan sama cantik sama padan ini mula digosipkan bercinta selepas dilihat sentiasa keluar bersama-sama.Dalam setiap perhubungan pasti kita semua doakan ianya akan berakhir dengan perkahwinan, tapi langit tidak selalunya cerah.

Mungkin inilah yang terpaksa ditelan oleh Nonny Nadirah dan Niezam Zaidi selepas pelakon tersebut mengesahkan hubungan cinta antara mereka berdua kini sudah berakhir seperti yang dilaporkan gempak.

Menurut Nonny, dia dan Niezam sepakat untuk membatalkan majlis perkahwinan yang sepatutnya diadakan dalam masa terdekat.

“Sekadar makluman, setelah mengambil kata sepakat, perkahwinan antara kami telah pun dibatalkan.

“Korang, satu je kitorang minta. Tolong doakan kebahagiaan buat kami dan bertemu jodoh yang baik buat masing-masing ya.

“Sesungguhnya kami hanya mampu merancang tapi Allah itu sebaik-baik perancang,” tulisnya.

Pendedahan itu dibuat menerusi Instagram Stories miliknya pada awal pagi tadi.buat masa sekarang dia memilih untuk tidak mengulas lanjut.

“Kepada rakan media maaf saya tak dapat nak get back balik dengan anda semua.

“Untuk dalam masa ni, I reserve my comment. Harap korang faham,” tulisnya lagi.

Nonny juga dilihat menitipkan ucapan dan doa bersempena dengan ulang tahun kelahiran Niezam yang ke-28 hari ini.

“Selamat hari lahir sahabat. semoga Allah memberkati dan merahmati seluruh usiamu, dikurniakan kesihatan yang baik, dikayakan dengan iman, taqwa dan harta.

“Semoga menjadi anak yang baik dan bertemu jodoh dengan orang yang baik-baik. Dikurniakan segala kebaikan, hajat dunia dan akhirat! Amin,” tulis Nonny.

Terdahulu, Nonny mengakui tidak menolak jika Niezam jodohnya dan mereka dilihat sudah selesai menjalani kursus kahwin bersama-sama.

Nonny pernah berkahwin namun rumah tangga yang dibina bersama Mustain Adnan hanya bertahan setahun dan bercerai pada tahun lalu.

Sumber : gempak