ISU SEMASA

Malaysia Perlu PM Baharu, Anwar Ibrahim Individu Paling Layak Pegang Jawatan Itu!

Isu pergolakan politik di Malaysia nampaknya belum menunjukkan tanda-tanda akan reda.

Terbaru, Sinar Harian telah mendapatkan pandangan dari Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilah (AMK) Malaysia, Aizuddin Ariffin yang melihat rakyat di negara ini sudah tidak percaya dengan kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Jika ditanya siapa paling layak pimpin negara dalam tempoh kemelut politik ini, saya cadangkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim paling sesuai berdasarkan pengalaman dalam politik mahupun pentadbiran negara. Beri peluang untuk Anwar buktikan beliau memang layak diangkat sebagai perdana menteri. – Katanya.

Betul ke rakyat hilang kepercayaan? Mana dapat data?
Walaupun, Aizuddin mendakwa kajian Institut Darul Ehsan (IDE) mendapati majoriti rakyat menolak darurat, ini tidak bermakna mereka menolak Perdana Menteri.

Mana-mana parti politik pada waktu ini sepatutnya tidak berbincang siapa yang perlu memegang kuasa kerana Agong sudah bertitah mempercayai usaha yang telah dilakukan pihak kerajaan waktu ini.

Kredit: Sinar Harian