Hiburan

‘Saya tak akan buat kerja itulah!’ – Chacha Maembong

“Kalau betul saya dapat RM40,000 satu malam, buat apa nak berlakon lagi?”

Itu kata pelakon Chacha Maembong, 24, sekali gus menafikan dirinya antara artis yang terbabit dalam sindiket pel4acuran kelas atasan yang dibayar antara RM20,000 sehingga RM40,000 untuk satu malam.

Ia susulan gosip yang dikeluarkan semalam sehingga ada pihak yang mengaitkan nama pelakon drama Bukan Gadis Biasa itu.

Chacha atau nama sebenarnya Siti Aisyah Ismail berkata, tuduhan yang dilemparkan itu adalah fitnah yang sengaja mahu menjejaskan kerjaya seni dan perniagaan dibinanya.

“Saya bekerja dari dulu sampai sekarang memang cari rezeki. Orang nak cakap apa dan fitn4ah macam-macam, teruskan. Satu hari akan terbukti juga. Semalam keluar gosip kaitkan nama saya dalam sk4andal RM40,000. Ramai mesej peribadi (DM) di Instagram dan komen.

Kalau betul, saya tak perlu berlakon dan kerja. Tapi itulah, semua itu mulut orang dan kaitkan dengan perangai saya dulu. Apabila saya sudah berubah pun, orang tetap kaitkan lagi dengan perangai lama saya. Bagi saya, ia adalah lumrah mulut orang,” katanya.

Dalam masa sama, Chacha yang ditemui di lokasi penggambaran drama Bidadari Salju terbitan A Aida Productions berkata, dia juga bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menuuduh dirinya terbabit dalam aktiviti Mcau Scaam.

“Beberapa hari lalu saya ada keluarkan kenyataan di Instagram mengenai perkara ini sebab terlalu banyak fitn3ah yang dilemparkan. Konon saya tiipu duit orang dengan produk saya. Mereka kata produk saya datang dari wang h4ram. Saya perlu menjelaskan perkara ini demi menjaga reputasi produk saya apatah lagi ia masih baru di pasaran. Lagi pula ini kerjasama saya dengan Alken dan tidak ada kaitan langsung dengan aktiviti h4aram itu.

“Saya akan ambil tindakan undang-undang pada komen yang melampau. Ia menjejaskan kerjaya, perniagaan dan nama ahli keluarga lain. Saya berani kerana saya tak salah. Jadi apa yang orang nak cakap, cakaplah,” katanya.

Sumber : harian metro