ISU SEMASA

Senarai nama MP adalah urusan saya dan YDPA, bukan polis, kata Anwar.

Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa proses rakaman keterangan beliau di Bukit Aman hari ini merupakan arahan politik kepada polis untuk menekan beliau mendedahkan nama-nama ahli Parlimen yang menyokongnya.

Presiden PKR itu berkata, mengikut pemahaman beliau sepanjang proses rakaman keterangan oleh pegawai Unit Siasatan Jen4ayah Terkelas (USJT) D5 Bukit Aman jelas menunjukkan enam kertas siasatan ke atas beliau bermotifkan politik.

Katanya, sepanjang tempoh dua jam bermula pukul 3 petang, polis telah menjalankan tugas dengan profesional, bertanggungjawab dan berintegriti dan beliau telah memberi kerjasama untuk memudahkan proses siasatan iru.

“Saya dengan peguam saya Ram Karpal Singh memberi kerjasama penuh dengan polis, tapi pelik mereka soal tentang sokongan 121 Ahli Parlimen (MP).

“Saya jelas bahawa bukan hadir untuk beri kerjasama dengan ahli politik untuk dedahkan siapa kesemuanya, ini soal antara saya dan Agong, bukan urusan mereka yang tidak berkaitan (ahli politik, polis).

“Ada enam kes sisatan terhadap saya dan umumnya menjurus kepada memohon supaya nama nama Ahli-Ahli Parlimen yang menyokong saya diberikan dalam sesi tersebut selain ada soalan lain mengenai siasatan lain kes Liw4at tetapi majoritinya menjurus sokongan 121 ahli Parlimen,” katanya kepada pemberita hari ini.

Anwar mend4akwa terdapat unsur politik untuk menekan beliau dalam saat-saat genting ini yang mana kebanyakan soalan yang diajukan kepada beliau menjurus kepada soal politik, Ahli Parlimen dan pertemuan dengan Yang Di-Pertuan Agong (YDPA).

Tambah Presiden PKR itu, beliau memberitahu polis bahawa tidak munasabah orang luar mengetahui dengan terperinci apa yang berlaku antaranya dan YDPA dan ia bukan urusan mereka.

Ditanya sama ada beliau perlu hadir semula untuk menyambung keterangan, Anwar berkata, tidak kerana pihak polis berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan.

Anwar yang merupakan Ketua Pembangkang turut menda4kwa wujud gangguan politik kerana kerana berpendapat terdapat arahan politik kepada polis untuk menekan beliau.

“Saya cakap begini sebab cara mereka (polis) tanya soalan serta isu yang dibangkitkan lebih cenderung mengenai senarai nama Ahli Parlimen, siapa mereka, apa nama mereka dan jaminan sokongan mereka, yang jelas bukannya urusan mereka tapi tugas saya mempersembahkan kepad baginda Agong.

“Lagipun saya nak ingatkan bahawa saya tidak pernah sebut telah sembahkan senarai nama Ahli Parlimen kepada YDPA pada Selasa lalu, saya sebut hanya mempersembahkan surat dan dokumen sokongan sahaja (tanpa nama) 38 ahli Parlimen PKR kepada baginda Agong,” katanya.

Sementara itu, peguam Ram Karpal berasa pelik dengan pendekatan polis yang menyiasat kesemua enam kertas siasatan terhadap Anwar secara tergesa-gesa.

“Kebiasaannya mereka mengambil masa yang lama dan lebih mendalam mengendalikan sesuatu sesi siasatan dan rakaman keterangan,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Se3ksyen 505 (b) Kanun Kese3ksaan dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – MalaysiaGazette