ISU SEMASA

Seakan tak percaya lelaki sebegini masih belum pupus dari planet bumi…

Ini gambar semalam, bawa puteri kesayangan ‘cek kuning’ di klinik kesihatan. Tiba² nurse tanya,

“Mana isteri awak? Tak datang ke” Dalam hati aku, aik baru bersalin tak sampai 5 hari takkan nak bawa datang. Nurse pun minta Qiey duduk dulu di ruangan menunggu.

Sambil tu Qiey dengar mereka membawang…”Weyh, laki datang sorang² dukung anak dari tadi lagi.”

Nurse lagi satu berusaha nak lengkapkan pembawangan… “Fuh kalau laki aku ni memang takkan laa”

Baru Qiey sedar, ramai lelaki di luar sana yang masih belum sedar. Tanggungjawab sebagai seorang suami teramat besar, bukan sekadar pergi kerja sahaja.

Dalam tempoh isteri lepas bersalin, layanlah dia bagai bidadari. Sak1tnya bersalin takkan mampu kita tanggung walau ada ‘sixpack’ sekalipun. Kesak1tan yang teramat dahsy4t itu hanya mampu ditanggung orang yang selalu kita anggap lemah.

Cubalah, ambil alih semua tugas isteri dalam masa beberapa hari lepas bersalin. Baru kita tahu betapa pen4tnya isteri menjalani kehidupan setiap hari. Ya, itulah isteri yang kita anggap ‘tidak bekerja’.

Kerja mereka sebenarnya jauh lebih penat dari anda.

Mereka tiada ‘office hour’, mereka juga tak boleh claim ‘overtime’ walau kadang2 terpaksa bekerja sampai pagi ketika anak sak1t. Pesan Qiey, hargailah isteri anda. Mereka bukan ‘hamba abdi’, tetapi mereka bukti cinta abadi.

Kredit; Muhammad Taqiyudin via Penang Gazette via haliabara