ISU SEMASA

Syarikat Baru Nak Bernafas Balik Selepas PKP, Bos Terduduk Tepi Dinding Bila PKPB Dilaksana Semula

Umum mengetahui bermula tengah malam ini akan berkuat kuasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 27 Oktober.

Pengumuman tersebut sekaligus mencetuskan kebimbangan di kalangan rakyat yang baru sahaja lega apabila dapat bekerja seperti biasa selepas tiga bulan berdepan PKP.

Meskipun kegiatan ekonomi masih boleh diteruskan seperti biasa, namun ada bidang yang terkesan susulan pengumuman berkenaan.

Menerusi satu perkongsian yang tular di Twitter, pemuda bernama Ikmal Hanif memberitahu majikannya terus terduduk sejurus sahaja mendengar pengumuman PKPB semalam.

Menurutnya, syarikat majikannya itu baru sahaja naik semula namun tenggelam semula susulan PKPB. Difahamkan, tempat kerjanya itu menghasilkan doogift untuk perkahwinan.

Berikutan PKPB dimana majlis perkahwinan tidak boleh diadakan, pelanggan mula membatalkan atau menangguhkan pesanan masing-masing sheingga menyebabkan perniagaan merudum.

Ujarnya lagi, ketika menghadiri mesyuarat khas susulan pelaksanaan PKPB, para pekerja tidak dapat menahan sebak kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk terus bertahan.

Ikmal juga turut berharap agar pihak yang menerima nasib yang sama seperti mereka kekal tabah untuk menghadapi ujian tersebut

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memberikan kata-kata semangat kepadanya serta syarikat yang terjejas berikutan PKPB. Malah, ramai yang turut meluahkan turut mengalami nasib yang sama.

SUMBER: Twitter via gulapop