ISU SEMASA

Anak Terperangkap Di Dalam Kereta Dibiarkan Sehingga Meninggal, Hanya Kerana Sayangkan Cermin Tingkap Baru!

Seorang bapa di Las Vegas ditangkap selepas dia enggan memecaahkan tingkap kereta baharunya bagi menyelamatkan bayi perempuannya berusia setahun yang kemudian meninggal dunia di dalam kenderaan itu, kata pihak berkuasa.

Menurut akhbar New York Post yang memetik Las Vegas Sun semalam, bapa itu, Sidney Deal, mendapatkan bantuan daripada beberapa pegawai polis selepas dia meninggalkan anaknya itu, Sayah Deal di dalam kereta pada waktu tengah hari dalam keadaan cuaca panas dengan kunci kenderaan tersebut berada di dalamnya.

Bagaimanapun, pegawai polis mahu tingkap cerminnya dipeecah, memanggil trak tunda atau mendapatkan pertolongan daripada seorang tukang kunci tetapi ditolak oleh Deal yang kemudian menghubungi seorang saudara kandung lelakinya, kata polis.

Saudara kandung lelaki itu menyatakan dia menerima panggilan daripadanya dan menyatakan dia secara tidak sengaja mengunci Sayah di dalam kereta yang didakwa Deal bahawa alat penyaman udaranya sedang berfungsi, lapor stesen berita KVVU.

Larang pecaah tingkap kereta demi duit

Stesen berita itu melaporkan, Deal juga menghalang saudara lelakinya itu daripada memecahkan tingkap berhampiran Lebuh Martin Luther King kerana tidak mempunyai wang untuk memperbaiki tingkap tersebut dan meminta dia menghubungi ibu mereka bagi meminta syarikat insurans menghantar seorang tukang kunci.

Kekasih Deal juga memberitahu polis bahawa dia menghubungi sebuah syarikat insurans tersebut tetapi teman lelakinya itu tidak bersetuju dengan harga yang ditawarkan bagi penghantaran sebuah trak tunda, lapor Leas Vegas Sun.

Bagaimanapun, pegawai polis kemudian bertindak memecaahkan cermin tingkap kereta itu dan membawa keluar bayi perempuan tersebut yang didapati meninggal dunia di tempat kejadian, kata polis. Pihak berkuasa menyatakan, Sayah dipercayai terperaangkap di dalam kereta itu lebih satu jam.

Deal kemudian ditaahan di Pusat Taahanan Daerah Clark atas dakwaaan pendeeraan atau memudaratkan bayi, lapor akhbar tersebut. Dia ditaahan dengan bon jaminan sebanyak AS$20,000 (RM83,110).

penafian : gambar tujuan hiasan semata-mata

kredit : hot fm