ISU SEMASA

Kerana Kehabisan Makanan Dan Wang, Penduduk Selatan Itali Mula Bertindak Luar Batasan

Pelaksanaan penuh perintah berkurung sejak lebih 20 hari lalu susulan daripada penularan wabak Kor0onavirus baharu (C0OVID-19) telah mengakibatkan rakyat di selatan Itali mula bertindak di luar kawalan.

Tindakan gaanas seperti mencuuri dan bergaaduh dengan pihak berkuasa dipercayai berlaku selepas rata-ratanya terdesak akibat kehabisan bekalan makanan dan wang.

Memetik laporan media tempatan, satu rakaman video memaparkan seorang lelaki menjerit kepada pihak berkuasa sambil memaklumkan bahawa keluarganya sudah kehabisan wang.

Ibunya pula merayu kepada pihak berkuasa supaya mengikut mereka pulang bagi membuktikan bahawa keluarga mereka benar-benar sudah kehabisan bekalan makanan.

Ketegaangan yang berlaku di hadapan sebuah bank itu dipercayai tercetus selepas lelaki berkenaan gagal mengeluarkan wang pencen ibunya susulan premis terbabit ditutup.

Menerusi satu rakaman lain pula, seorang lelaki bergelar bapa berkata, kesabaran mereka sudah sampai hadnya.

“Sudah 20 hari kami terperangkap di dalam rumah sendiri. Seperti anak saya, ramai kanak-kanak lain tidak dapat makan walaupun secebis roti,” ujarnya.

Selain video, beberapa foto turut tersebar di internet memaparkan pasukan polis dikerahkan ke sebuah pasar raya di Palermo, Sicily susulan aduan dibuat bahawa orang ramai sudah mula mencuuri bagi memenuhi keperluan asas masing-masing.

Tidak cukup dengan itu, Datuk Bandar Palermo, Leoluca Orlando berkata, terdapat kumpulan penjeenayah yang cuba mengeeksploitasi dan menghaasut orang ramai untuk melakukan kegaanaasan.

“Ketakutan dan keresahan semakin meluas. Kami menerima banyak laporan membimbangkan mengenai protes dan eksplooitasi penjeenayah yang ingin menganggu kestabilan sistem,” katanya.

Kredit : blognurul.pw