Hiburan

Suami Pecah Rahsia Nadia Brian Curang Dengan Dua Lelaki

Tampil membuka mulut mengenai kemelut rumah tangganya, Muizz mengesahkan mereka masih lagi suami isteri namun tidak lagi tinggal sebumbung sejak tiga bulan lalu. Ujarnya, bukan dia menghalau isterinya keluar namun Nadia enggan untuk kembali.

“Kami masih suami isteri, ketika ini. Cuma, saya dan Nadia sudah tidak tinggal sebumbung sejak hampir tiga bulan lalu.

“Saya tak pernah menghalau Nadia keluar pada dari rumah. Malah, saya berkali-kali mengajak Nadia untuk kembali tinggal bersama. Namun, isteri menolak dan membuat keputusan untuk tinggal di rumah ibunya,” katanya kepada BH Online.

Menjelaskan mengenai luahan hatinya di Instagram itu, Muizz berkata ianya adalah benar bahawa dia dihina dan dianiaya. Katanya dia sudah cuba untuk selesaikan masalah rumah tangga mereka namun Nadia tidak mahu bekerjasama.

“Entri saya dalam IG bukan cerita rekaan. Saya memang dihina, dihalau, dikhianati dan dianiayai. Saya cuba menghubungi ibu dan keluarganya untuk menyelesaikan masalah antara saya dengan Nadia dengan baik. Namun, semuanya hanya sia-sia.

“Saya sedaya upaya mahu menyelamatkan rumah tangga, tetapi Nadia tidak mahu memberi kerjasama,” katanya.

Dalam pada itu, lebih mengecewakan Muizz mendedahkan dia turut menerima bukti video kecurangan Nadia yang dihantar oleh seseorang.

“Nadia bukan curang dengan seorang, tetapi dua lelaki. Saya ada bukti yang cukup. Saya berada dalam posisi yang betul,” dakwanya.

Sementara itu, Nadia yang dihubungi enggan memberikan sebarang komen mengenai perkara itu kerana menganggap isu pergolakan rumah tangga cukup peribadi, selain keadaan pandemik C0VID-19.

SUMBER BH ONLINE