ISU SEMASA

Remaja bergelar ibu seawal usia 16 tahun bakal ambil SPM tahun ini

Zaman sekarang, usia masih bawah umur tetapi sudah ramai budak sekolah yang agak berani lafazkan kata-kata cinta pada pasangan sebaya.

Malah sudah ada yang sudah sampai ke tahap ‘merancang’ untuk berkahwin dan bertindak lebih berani lari dari rumah jika mak ayah melarang perkahwinan tersebut kerana mahu anak-anak tumpu pada pelajaran dahulu.

Bagi seorang ibu bernama Nor Syadira, 17, dia bersyukur dikurniakan anak pada usia yang muda dan memberitahu kahwin muda tidaklah serumit yang disangka.

Nor Syadira melahirkan zuriat pertamanya pada 7 Jun 2020 yang kemudiannya diberi nama Naira Aleena.

Mengimbas kembali kelahiran bermakna tersebut, dia sendiri tidak menyangka merasai momen mengaandung seawal ini.

Menurut Nor Syadira, walaupun bergelar ibu di usia muda, dia tidak sesekali mengabaikan pelajaran dan masih bersekolah sehingga kini.

Dalam satu video yang dimuat naik di Toktok, ibu muda ini lengkap berpakaian seragam sekolah memaklumkan dirinya bakal menduduki peperiksaan SPM awal tahun depan.

Sementara itu, rata-rata netizen memberikan pendapat dan juga yang meluahkan rasa kagum dengan semangat yang tidak putus asa dalam urusan pendidikan walaupun sudah berkahwin.

Kepayahan berkahwin pada usia muda memang tak disangkal, tambahan pula kedua-duanya masih berdaarah muda.

Apapun, binalah rumah tangga itu dengan penuh kasih sayang dan saling bekerjasama untuk membina kehidupan.

Sumber : TikTok syadiranor