ISU SEMASA

Inilah punca sebenar kenapa penunggang motosikal tu mahu lari sampai kena ‘flying kick’

Semalam tular di media sosial rakaman video berdurasi 15 saat yang menunjukkan seorang anggota polis trafik dengan bersahaja men3ndang seorang penunggang motosikal.

Kejadian berpunca apabila penunggang motosikal terbabit cuba membuat pusingan ‘U’ secara tiba-tiba sebaik melihat anggota sedang melakukan sekatan.

Penunggang motosikal tersebut kemudian cuba melarikan diri menyebabkan anggota yang berada berdekatan sempat menendang bahagian motosikal hingga lelaki tersebut terjatuh.

Sementara semalam, Polis Sarawak membuat kenyataan akan menyiasat anggota Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu susulan video tular tersebut.

Manakala Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail pula berkata, tindakan tegas akan diambil ke atas anggota terbabit sekiranya dia didapati bersalah atas perbuatan itu.

Tiada lesen rupanya

Aidi dalam kenyataan terbaru mengatakan pemeriksaan lanjut mendapati penunggang motosikal terbabit tidak mempunyai lesen memandu dan cukai jalan motosikal tamat tempoh.

” Hasil pemeriksaan mendapati penunggang motosikal berkenaan menunggang tanpa lesen dan cukai jalan tamat tempoh.

” Selain itu penunggang motosikal terbabit juga akan dikenakan tindakan saman kerana menunggang meIawan arus dan ubah suai ekzos,” katanya.

Aidi terdahulu mengulas reaksi orang ramai berhubung kewajaran tindakan anggotanya yang men3ndang penunggang motosikal ketika operasi.

” Setakat ini, kita masih menjalankan siasatan namun tindakan akan diambil jika dia didapati cuai atau bertindak agresif ketika menjalankan tugas,” katanya Aidi

Menurut beliau, kejadian berlaku ketika anggota trafik membuat pemeriksaan mengejut ‘Op Motosikal’ di Jalan Temple sekitar jam 12.15 tengah hari semalam.

Pelbagai reaksi diberikan oleh warganet yang turut mempersoalakn cara anggota tersebut bertindak, kerana jarak motor dengan anggota polis itu masih dekat.

Ada yang berpendapat kaedah mengambil kunci motor atau menarik tangan penunggan motor masih boleh di gunakn ketika berdepan dengan situasi tersebut.

Malah ada yang memuji tindakan anggota terbabit yang sekadar menjalankan tugas.

” Terima kasih juga kepada polis tu sbb tindakan flying kick dia tu menyelamatkan pengguna jalan raya yg lain drpd berdepan risiko berhadapan penunggang motosikal menentang arus.” tulis Safik

” Kepada rakyat malaysia yg marah kat polis tu, meh sini aku nak tanya. Bukan ke sblm ni korang juga yg marah sgt dgn penunggang atau pemandu yg menentang arus???” tulis Izhar

” Kalau la yg kena flying kick penj3nayah yg dicari…. Rasa2 nak bagi reward ke atau tindakan tata tertib kat abg polis tu” komen Eddy