OH AGAMA

Begini Cara Yang Betul Untuk Solat Jamak Dan Qasar ( Cara Dan Panduan Lengkap)

Maksud Solat Jamak Dan Qasar
Bismillah, Inilah penerangan ringkas tentang Solat Jamak Dan Qasar, Semoga perkongsian ini memberikan manfaat buat kita semua..

Solat jamak bermaksud mengumpulkan dua solat dalam satu waktu.

Misalnya mengumpulkan solat zohor kepada asar dan sebaliknya. Serta fadhu maghrib dan sebaliknya.

Jamak terbahagi kepada dua, iaitu jamak takdim dan jamak takhir:

  1. Jamak Takdim

Apabila solat zuhur dijamakkan dengan asar pada waktu zohor, solat maghrib dan isyak pada waktu maghrib, ia dinamakan jamak takdim.

  1. Jamak Takhir

Jamak takhir pula adalah melaksanakan solat zohor dan asar pada waktu asar, solat maghrib dan isyak pada waktu isyak.

Maksud Solat Qasar
Solat qasar bermaksud memendekkan solat daripada empat rakaat menjadi dua rakaat.

Solat yang boleh dipendekkan menjadi dua rakaat ialah solat isyak, zohor dan asar.

Niat Solat Jamak Dan Qasar Serta Cara Melaksanakannya
Di bawah ini saya sediakan panduan langkah demi langkah untuk mengerjakan jamak dan qasar (takdim dan takhir) untuk setiap solat:

Solat Qasar Jamak Takdim — Zohor dan Asar
1.Setelah masuk waktu zohor dan ketika itu kita sudah berada dalam perjalanan bermusafir, maka berwuduk dan bersedialah untuk solat.2.Dalam keadaan berdiri dan mengadap kiblat, ucapkanlah lafaz niatnya (lafaz niat tidak wajib, yang wajib adalah niat semasa Takbiratul Ihram):

4.Kerjakanlah solat fardu zohor tersebut sebanyak dua rakaat

  1. SELESAI SAHAJA SALAM, TERUSLAH BANGUN BERDIRI UNTUK SOLAT SOLAT FARDU ASAR TANPA MEMBACA WIRID, DOA ATAU SOLAT SUNAT.

6.Jangan pisahkan terlalu lama antara kedua solat fardu tersebut.

7.Lafaz niat untuk solat jamak fardu Asar:

9.Kerjakan solat fardu Asar tersebut sebanyak dua rakaat

10.Dengan demikian, kita tidak perlu mengerjakan solat fardu Asar di waktu Asar nanti.

Solat Qasar Jamak Takhir — Zohor dan Asar
1.Setelah masuk waktu zohor dan ketika itu kita sudah berada dalam perjalanan bermusafir, maka berniatlah kita untuk mengerjakan solat fardu Zohor di waktu Asar nanti.

2.Niatnya lebih kurang begini, “Sahaja aku akan mengerjakan solat fardu Zohor jamak takhir di waktu Asar nanti”.

3.Niat ini adalah syarat untuk jamak takhir. Jika tidak diniatkan dalam waktu Zohor, jamak tersebut tersebut tidak sah.

4.Maksudnya, jika terlupa niat, kita tidak boleh buat jamak takhir tetapi mesti qada solat Zohor dahulu.

5.Apabila masuk waktu Asar, bersedialah untuk solat. Mulakan dengan solat fardu Asar dahulu.6.Dalam keadaan berdiri dan mengadap kiblat, ucapkanlah lafaz niatnya (lafaz niat tidak wajib, yang wajib adalah niat semasa Takbiratul Ihram):

8.Kerjakanlah solat fardu Asar tersebut sebanyak dua rakaat

9.Selesai sahaja salam, teruslah bangun berdiri untuk solat fardu Zohor tanpa membaca wirid, doa, atau solat sunat.

10.Jangan dipisahkan terlalu lama antara kedua solat fardu tersebut.11.Lafaz niat untuk solat fardu zohor:

13.Kerjakanlah solat fardu Zohor tersebut sebanyak dua rakaat

Solat Qasar Jamak Takdim — Maghrib dan Isyak
1.Setelah masuk waktu maghrib dan ketika itu kita sudah berada dalam perjalanan bermusafir, maka berwuduk dan bersedialah untuk solat.2.Dalam keadaan berdiri dan mengadap kiblat, ucapkanlah lafaz niatnya (lafaz niat tidak wajib, yang wajib adalah niat semasa takbiratul ihram):

4.Kerjakan solat fardu Maghrib tersebut sebanyak tiga rakaat (tiada qasar untuk maghrib)

5.Selesai sahaja salam, teruslah bangun berdiri untuk solat fardu Isyak tanpa membaca wirid, doa atau solat sunat.

6.Jangan dipisahkan terlalu lama antara kedua solat fardu tersebut.

7.Lafaz niat untuk solat fardu Isyak:

9.Kerjakanlah solat fardu Isyak tersebut sebanyak dua rakaat

10.Dengan demikian, kita tidak perlu mengerjakan solat fardu Isyak di waktu Isyak nanti.

Solat Qasar Jamak Takhir — Maghrib dan Isyak
1.Setelah masuk waktu Maghrib dan ketika itu kita sudah berada dalam perjalanan bermusafir, maka berniatlah kita untuk mengerjakan solat fardu Maghrib di waktu Isyak nanti.

2.Niatnya lebih kurang begini, “Sahaja aku akan mengerjakan solat fardu Maghrib jamak takhir di waktu Isyak nanti”.

3.Niat ini adalah syarat untuk jamak takhir. Jika tidak diniatkan dalam waktu Maghrib, jamak tersebut tersebut tidak sah.

4.Maksudnya, jika terlupa niat, kita tidak boleh buat jamak takhir tetapi mesti qada solat Maghrib dahulu.

5.Apabila masuk waktu Isyak, bersedialah untuk solat. Mulakan dengan solat fardu Isyak dahulu.

6.Dalam keadaan berdiri dan mengadap kiblat, ucapkanlah lafaz niatnya (lafaz niat tidak wajib, yang wajib adalah niat semasa Takbiratul Ihram):

8.Kerjakanlah solat fardhu Isyak tersebut sebanyak dua rakaat

9.Selesai sahaja salam, teruslah bangun berdiri untuk solat fardu maghrib tanpa membaca wirid, doa atau solat sunat.

10.Jangan dipisahkan terlalu lama antara kedua solat fardu tersebut.

11.Lafaz niat untuk solat fardu Maghrib:

13.Kerjakanlah solat fardu Maghrib tersebut sebanyak tiga rakaat (tiada qasar untuk Maghrib)

Solat Jamak Hari Jumaat
1.Orang bermusafir yang memulakan perjalanan sebelum terbit fajar subuh pada hari jumaat tidak diwajibkan solat Jumaat.

2.Walaupun begitu, jika kita hendak melakukan solat Jumaat dan asar secara jamak, ianya sah.

3.Menurut mazhab Syafi’e, harus dijamakkan dengan jamak takdim sahaja dan tidak harus dengan jamak takhir kerana solat Jumaat tidak harus dilewatkan dari waktunya.

4.Imam al-Khatib asy-Syarbini di dalam al-Iqna’ berkata: “Jumaat adalah seumpama Zohor dalam jamak taqdim. Ditegah jamak takhir kerana solat Jumaat tidak mungkin dilewatkan dari waktunya.

5.Lakukan solat jumaat seperti biasa. Niatnya adalah:

Usolli fardol jum’ati rak’ataini makmuman lillahi taala

Maksudnya:
Sahaja aku solat fardu Jumaat dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala
6.Setelah selesai memberi salam, terus bangun semula untuk mengerjakan solat qasar asar.7.Niat solat qasar asar adalah seperti niat-niat solat qasar lain di atas.

10.Dengan demikian, kita tidak perlu mengerjakan solat fardu Asar di waktu Asar nanti.

Bagaimana Perkiraan Sebagai Musafir?
Permulaan musafir dikira setelah kita keluar kawasan, sama ada melepasi sungai, parit, kota sempadan atau melalui kawasan yang tidak ada bangunan lagi.

Akhir musafir ialah apabila kita memasuki semula kawasan permulaan musafir tadi.

Jarak Solat Jamak
Solat jamak dan qasar boleh dilakukan apabila perjalanan seorang musafir tidak kurang daripada 60 batu atau 92 kilometer (km).

Antara dua sembahyang jamak tidak boleh dipisahkan dengan jarak yang sangat lama. Oleh itu, selepas sahaja salam, teruskan sahaja solat yang kedua dengan hanya diselangi oleh iqamat sahaja. (Solat jamak dengan satu kali azan dan dua kali iqamat)

Orang yang melakukan solat qasar tidak boleh berimamkan orang yang solat sempurna (tamam).

Apabila seseorang itu sudah sampai ke kawasan permulaan dia bertolak tadi, selesailah jamak dan qasarnya. Dia tidak boleh lagi mengerjakan solat secara qasar dan jamak.

Berapa Hari Boleh Solat Jamak?

Apabila seseorang itu bermusafir dan berminat berhenti pada satu tempat selama 4 hari atau lebih maka putuslah pemusafirannya, tapi sekiranya dia hendak berhenti di situ selama tiga hari maka bolehlah melakukan jamak dan qasar. Tiga hari itu tidak termasuk hari sampai dan hari keluar.

Tempoh solat jamak qasar
Apabila seseorang itu berhenti di suatu tempat dengan niat akan berada disitu selama tiga hari, tetapi kerana urusan tidak selesai dari sehari ke sehari, maka ia diharuskan jamak dan qasar sehingga 18 hari.

Apabila seseorang itu bermusafir kerana sesuatu maksiat, maka ia tidak diharuskan sembahyang jamak dan qasar.

Bagi mereka yang hendak mengerjakan jamak takhir, disunatkan untuk berniat lebih awal. Jangan sampai waktu akhir baru berniat.

Perjalanan seseorang musafir itu hendaklah tentu dan ia tahu ke mana arah tujuan. Jika dia tidak tahu ke mana diarahkan perjalanannya itu, maka tidak boleh melakukan jamak atau qasar.
Kemudian sembahyang jamak (jamak sahaja) juga diberikan kepada ahli kariah yang ingin mengerjakan solat berjamaah apabila turun hujan lebat dan kampung itu merupakan satu kawasan yang biasanya lecah dan becak dengan syarat ada hujan pada awal kedua-dua solat dan antara kedua-dua dan pada salam solat pertama. Tidak mengapa kalau sekiranya hujan itu berhenti di pertengahan solat pertama atau di pertengahan solat kedua.

Syarat-Syarat Solat Jamak dan Qasar
Sebelum melakukan jamak, ada beberapa syarat yang harus kita patuhi.

Syarat itu adalah:

Syarat Solat Jamak Takdim
Antara syarat jamak takdim adalah:

Hendaklah dimulai solat pada waktunya yang terdahulu ertinya lakukan zuhur daripada asar dan maghrib daripada isyak
Niat jamak pada solat yang pertama pada permulaan takbiratul ihram atau di tengah-tengah solat selama mana ia belum memberi salam.
Berturut-turut antara solat yang pertama dan kedua. Oleh itu, antara kedua-kedua tidak boleh diselangi oleh pekerjaan atau perbuatan lain. Sekiranya diselangi pekerjaan lain yang memakan masa selama dua rakaat solat, maka hendaklah solat pada waktunya nanti. Sekiranya diselangi iqamat dan mengambil wuduk maka jamaknya tidak batal
Berkekalan musafirnya sehingga takbir solat yang kedua, tetapi tidaklah disyaratkan sehingga selesai solat.
Syarat Sah Jamak Takhir
Syarat sah jamak takhir adalah:

Berniat untuk mentakhirkan solat yang pertama pada waktu kedua ketika masuk waktu solat pertama.
Berkekalan musafirnya sehingga selesai kedua-dua solat.
Syarat-Syarat Qasar
Syarat-syarat solat qasar adalah:

Musafirnya hendaklah tidak bertujuan maksiat.
Perjalanannya hendaklah tidak kurang daripada dua marhalah
Solat yang diqasarkan itu hendaklah solat zuhur, asar dan isyak sahaja yang dilaksanakan secara tunai. Sebab itu tidak bolehkan qasar solat qada dalam musafir bagi solat yang ditinggalkan semasa dalam kawasan tempat kediaman. Solat yang ditinggalkan dalam musafir boleh diqasarkan apabila diqadakan dalam musafir.
Hendaklah diniatkan qasar dalam takbiratul ihram. Contoh lafaz niat bagi solat zohor: Maksudnya; Sengaja aku solat fardu zohor dua rakaat qasar tunai kerana Allah Taala
Tidak boleh berimam dengan orang yang bersolat tamam (sempurna).
Hendaklah tempat yang dituju itu ditentukan. Jika sekiranya tempat yang dituju itu tidak tentu, maka tidak boleh qasar.
Berkekalan perjalanan sehingga sempurna solat.
Dia tahu bahawa orang musafir itu harus mengerjakan solat qasar
Penutup: Islam Itu Agama Yang Memudahkan
Solat itu adalah tiang agama. Sesiapa yang mendirikannya, maka ia mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkannya maka dia meruntuhkan agama.”

– HR Baihaqi

Begitulah pentingnya solat dalam Islam.

Walau di mana jua kita berada, solat mesti ditunaikan.

Disebabkan itu lah Islam memudahkannya agar kita tidak terlepas daripada menunaikan tanggungjawab kita.

Senarai rujukan bagi panduan ini adalah:

Panduan Solat Jamak dan Qasar Untuk Para Musafir, Zulkarnain Dollah
Modul Fardu Ain Diri, Keluarga dan Masyarakat Sepanjang Hayat, Dato’ Ismail Kamus, Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid
Ensiklopedia A-Z tentang Solat, Dr. Nik Yusri musa
Via Akusilam