ISU SEMASA

(6 Gambar) Kanak-kanak 6 tahun menghembuskan nafas terakhirnya apabila motosikal rempuh belakang lori angkara asap tebal jerami padi

Angkara asap tebal dari pembaakaran jerami padi, seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maaut selepas motosikal yang diboncengnya merempuh belakang lori di Kampung Parit Haji Taib 2, di sini, hari ini

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob, berkata dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa Auni Marissa Norman, maaut di tempat kejadian manakala ibu dan bapa saudaranya cedeera paarah, sementara adiknya tidak cedeera.

Katanya, kejadian berlaku ketika mangsa membonceng motosikal ditunggang bapa saudaranya, Mohamad Hafiz Mohd Adli bersama ibunya, Siti Fauziah Abdul Kairi, 34, dan adik maangsa, Muhammad Faiz Akmal Norman, berusia setahun.

“Siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku apabila sebuah lori dipandu lelaki berusia 27 tahun, menghentikan kenderaannya berikutan terdapat sebuah lori sedang berhenti di hadapannya.

“Maangsa bersama ahli keluarga yang berada di belakang lori berkenaan dikatakan hilang kawalan akibat asap tebal pembaakaran jerami padi di tepi jalan itu lalu mereempuh bahagian belakang sebelah kiri lori berkenaan.

“Akibat pelaanggaran itu, mangsa yang duduk di depan bapa saudaranya maaut. Ibu dan bapa saudara maangsa yang paarah di kepala kini dirawat di Hospital Taiping,” katanya kepada media, hari ini.

Omar Bakhtiar berkata, maayat maangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk dibeedah siasat dan kes disiiasat mengikut Seeksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

HMetro