ISU SEMASA

Kerja Di Jepun VS Malaysia, Pemuda Ini ‘Terkejut’ Lihat Gaji Yang Ditawarkan Jauh Sangat Berbeza

Ramai orang tempatan kita yang berhijrah ke negara orang, sama ada untuk melanjutkan pelajaran, ataupun untuk mencari rezeki.

Tidak kiralah yang mana satu, buat mereka yang tinggal di luar negara itu, terutamanya yang sudah lama tinggalkan negara, pasti akan tiba saat-saat yang mana dia rasa rindukan tanah air.

Walau bagaimanapun, lain pula kisahnya yang dikongsikan oleh seorang pengguna di laman Facebook ini, dia mahu pulang berbakti di tanah air setelah tinggal di Jepun buat belasan tahun namun perbezaan gaji yang ditawarkan di Malaysia pula jauh berbeza

Lelaki yang dikenali sebagai Ahmad Sabri itu memberitahu, baru-baru ini dia ingin mencari kerja kosong yang terdapat di Malaysia namun dia terkejut melihat kelayakan untuk berkerja sebagai jurutera di tanah air sendiri terlalu tinggi dan skop kerja yang sangat luas.

Katanya, dia takut tersalah tengok sehinggakan melihat berulang kali gaji yang ditawarkan iaitu RM2,500 sebulan. Kawasan kerja di Puchong. Di mana kos sara hidup yang agak tinggi walaupun di pinggir bandar.

Kos pengangkutan, tol, minyak dan parking perlu ditanggung sendiri. Ditambah dengan syarat ‘kena ada kenderaan sendiri’ pula di mana menelan kos sekitar RM300 sebulan.

Setelah membuat kira-kira gaji bersih selepas tolak kos kenderaan, pengangkutan, cukai, insurans, KWSP adalah sekitar RM1,500 sahaja. Belum tolak sewa rumah, makan lagi. Tolak sewa rumah, tinggal dalam RM1,000.

Kemudian, dia membuat pula perbandingan carian kerja kosong dengan jawatan yang sama di Jepun ternyata mengejutkannya

Gaji melebihi RM20,000 sebulan dan kos pengangkutan pula ditanggung syarikat. Gaji bersih sekitar RM18,000 hingga RM19,000 sebulan lepas tolak cukai, insurans dan KWSP.

Setelah membuat kira-kira sewa rumah pula sekitar RM2,000 hingga RM3,000. Bersih selepas tolak sewa rumah, cukai, insurans, KWSP, kos pengangkutan adalah sekitar RM15,000 hingga RM17,000 sebulan. Selain itu, skop kerja pula lebih kecil dan gaji juga jauh lebih besar.

Ahmad Sabri juga mempersoalkan adakah gaji di Malaysia ‘underpaid’ ataupun kerja di Jepun ‘overpaid’?

Menurut pandangannya, dia merasakan pekerja professional di Malaysia sangat ‘underpaid’. Jurutera pula hanya gah pada nama bukan pada kewangan.

Ditambah lagi dengan skop kerja pelbagai. Kadang kala macam seperti tidak masuk akal. Gaji yang ditawarkan pula rendah, tapi jangkaannya tinggi.

Katanya, terlalu ramai rakan-rakannya yang belajar di Jepun bersama yang pulang ke Malaysia terpaksa menukar bidang masing-masing. Lari keluar dari bidang engineer.

Tambahnya lagi, gaji paling tinggi graduan jurutera dari Jepun boleh mendapat sekitar RM3,500 sahaja. Dengan kenaikan gaji vs kenaikan sara hidup, ramai yang lari ke bidang customer service. Dengan hanya menggunakan kebolehan berbahasa Jepun, gaji boleh mencecah RM 8,000 sebulan. Kerja yang lebih mudah dan gaji lagi tinggi. Siapa yang tak nak kan?

Sumber : says