kisah rumahtangga

Saya ingat kahwin dengan orang kampung ni pembersih la. Sekali hauk

Salam min. Tolong hide fb saya ye..

Saya nak kongsi cerita saya dan mungkin ada yang boleh bagi nasihat.
Ceritanya saya dan suami masuk ni dah 4 tahun berkahwin dan kami pjj. Saya suri rumah je.

Saya tinggal dengan family saya. Suami pulak tinggal dengan family dia. Mesti tertanya2 kenapa saya tak tinggal dengan suami. Kisahnya saya suruh suami sewa rumah atau bilik dia cakap mahal, rumah family dia besar so dia suruh saya tinggal dengan family dia je. Bukan saya tak nak duduk sekali. Jeng jeng jeng.

Pertama mil saya jarang masak dan jenis makan dekat kedai. Lepastu dorang tak ada singki n mesin basuh. Bab mesin basuh saya boleh lagi nak basuh baju dengan tangan. Mil jenis nak siang ikan mesti dalam bilik air. Potong sayur pun dihamparnya sayur tu kedalam bilik air pastu papan pemotong dia omangai hitam gile.

Saya nak beli baru dia cakap guna je yg tu. Memang tak la. Toilet sekali dengan bilik mandi. Bayangkan dia letak periuk bagai kat atas toilet. Letak sabun n pengosok tepi toilet kau berak tu.

Saya banyak kali suruh suami buat singki tarik je paip. Berapa ringgit sangat je. Dia boleh buat tak tau. Banyak kali dah ha saya begaduh dengan suami. Kes remeh2 je.

Dekat dapur pulak bertempek kain baju tak basuh. Saya sakit mata nengoknye. Saya ada mintak nak kemas rumah. Nak deko la rumah diaorang. Kena sound ha dengan mil. Dia cakap biar la rumah dia. Tak payah nak kemas apa2.

Baru2 ni suami ada buat loan. Dia cakap nak renovate bilik dia last duit dia tu bagi semua dekat mak dia untuk buat modal niaga. Lepas ni tak tau la jadi ke tidak bilik dia tu.

Orang cakap kalau rumah kita tak cantik tak apa jangan pengotor. Kalau tengok rumah orang lain kat situ semua bersih2. Rumah diaorang je huru hara. Saya ingat kawin dengan orang kampung ni pembersih la. Sekali hauk.

Sumber : kisahrumahtangga