Keluarga

Hari tu ayahnya bercuti jadi aku tinggalkan puteriku yang masih tidur dengan ayahnya yang ketika itu sudah pun bangun

Salam min. Ini FB kakak aku. Pada tarikh hari ini genap 6 tahun pemergian puteri bongsu ku, kalau arwah masih hidup usianya 7 tahun 9 bulan. Ya, aku terima takdir dari Allah dengan setulus hati wlupun pada mulanya aku menolak ketentuan dariNya.

Puteriku pergi atas kelalaian seorang lelaki yg bergelar suami dan ayah, Pada tarikh ini 6 tahun yg lalu jam 7.45 pagi sudah menjadi rutin harian untuk membawa anak sulung ke sekolah tadika.

Hari tu ayahnya bercuti jadi aku tinggalkan puteriku yang masih tidur dengan ayahnya yang ketika itu sudah pun bangun tapi masih berbaring di sebelah puteriku, (selalu aku bawa anak bongsu ku kalau mghantar kakaknya)

Setelah itu aku ke pasar membeli barangan basah dan sikit sarapan untuk kami di rumah, lebih kurang jam 9 sampai di rumah aku lihat suamiku berada di ruang tamu sambil bermain fon (aku tahu dia main game) itulah yang selalu di lakukan siang malam kalau tak bekerja.

Pernah sampai satu tahap aku sampai stress dengan sikapnya, berbuih buih dah mulut ni minta dikurangkan main game, tapi hampa. Lalu aku tanya mana adik, adik masih tidur katanya, enntah kenapa naluri seorang ibu rasa resah lalu aku terus masuk ke bilik, aku lihat puteriku tiada d tempat tidur, aku cari ke dapur juga tiada, lalu aku ke bilik air aku lihat puteriku sudah tengelam dalam baldi (maafkan aku, tak sanggup nak teruskan lagi)

Kenapa aku yg harus d persalahkan atas semua yanh terjadi, mana ada seorang ibu pun dalam dunia ni mahu anak nya mti,
Setelah peristiwa pahit itu aku terus menderita tertekan yang amat sangat, hingga anak sulungku terabai,

tetapi Alhamdulillah jiwa aku kuat kembali bila ibu yang tersayang sentiasa bersamaku. Kini aku sendiri tiada lagi insan bernama suami, tiada guna aku hidup bersama lelaki yang bertuhankan game semata2.

Ramai yang salahkan aku sebab lalai, biarkan baldi berisi air, tak tutup pintu bilik air, tidak kah mereka tahu aku tak pernah biarkan pintu bilik air terbuka sebab aku seorang yang terlalu berhari2 kerana aku tahu aku ada anak kecil,

pintu keselamatan kanak-kanak yg terpasang antara ruang tamu bilik tidur dan bilik air sentiasa tertutup, aku tahu siapa yg lalai siapa leka, Yaa dia adalah lelaki yg bertuhankan game tu, dia yg lalai lepas mandi tak pernah sekalipun tutup pintu bilik air begitu juga pintu keselamatan tu.
Buat puteriku maafkan mama sayang. Alfatihah. moga aman di sana.

Kredit : kisahrumahtangga