ISU SEMASA

Guan Eng seorang negarawan, pejuang sejati, kata Syed Saddiq

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyifatkan bekas menteri kewangan, Lim Guan Eng sebagai seorang negarawan dan pejuang.

Syed Saddiq berkata, beliau mula menyedari bahawa lelaki yang selalu dimomokan Komunis, bersekongkol dengan negara asing dan mencaabul hak Melayu itu sebenarnya tidak begitu mementingkan kuasa.

“Dia (Guan Eng) hanya seorang negarawan – matlamatnya cuma satu, matlamat mendorongnya menceburi politik pada tahun 1980-an, satu matlamat untuk membina sebuah Malaysia yang lebih baik.

“Ketika itulah saya mula mengenalinya dengan lebih dekat dan mereka yang menyokong dan mengikuti karier politik Guan Eng akan mengetahui bahawa lelaki itu adalah seorang pejuang dan bersedia untuk berusaha memastikan bahawa keadilan bukan hanya didengar sebagai slogan, tetapi dilihat berfungsi,” kata Syed Saddiq dalam tulisannya bertajuk ‘Lim Guan Eng yang saya kenali’ di Malaysiakini.

Menurut Syed Saddiq, Guan Eng sebagai seorang Cina pernah dihumbankan ke penjaara semata-mata kerana mahu memastikan gadis Melayu bawah umur yang menjadi maangsa pemerk0osaan mendapat keadilan.

Malah, bekas menteri belia dan sukan itu berkata, semasa Guan Eng berada dalam kerajaan, sekali lagi beliau dijadikan momokan bahawa lelaki Cina itu akan mengekang hak orang Melayu dan kedudukan menteri kewangan tidak seharusnya diberikan kepada orang Cina.

“Saya tidak akan berbohong. Bekerja dengan Guan Eng bukannya mudah seperti berjalan-jalan di taman. Bukannya dia secara terang-terangan menolak idea dasar kamu tetapi kerana dia (dan saya yakin masih) sangat tegas dalam memastikan cara setiap satu sen duit negara ini akan dibelanjakan dengan bijak dan bertanggungjawab.

“Dia adalah orang yang sangat terperinci yang menyusun kertas dasar bersama menteri yang mencadangkannya dan berusaha dengan tekun untuk menjadikannya lebih baik,” katanya.

Sementara itu, Syed Saddiq berkata, beliau memahami tugas Suruhanjaya Pencegahan Raasuah Malaysia (SPRM) dan memohon agar rakyat Malaysia tidak cepat menilai.

“Walaupun kes terhadap Guan Eng ini akan diadili di mahkamah, saya mahu semua rakyat Malaysia memberinya ruang untuk membersihkan namanya.

“Saya percaya pada Lim Guan Eng yang saya kenali. Seorang lelaki berprinsip,” tambah Syed Saddiq. – wowberita