kisah rumahtangga

Duit hasil meniaga aku semua dia sapu, bila aku nak beli roti pun dia cakap tak fikir ke barang dapur habis apa pun tak ada nak makan asyik fikir roti je..

Assalamualaikum min, Aku seorang suri rumah dan ada anak 3 orang, berkahwin dah 7 tahun, tolong siarkan post aku ni ya min. Aku nak Pendapat korang semua untuk aku pilih. Suami aku ni, mula2 kawen lagi dia tak jujur dengan aku.

Duit kawen pun dia buat pinjaman, tapi dia tak bagitau aku pun pasal tu. Yamg tahu pun mak ayah dia saja. Barang2 hantaran, duit baju duit cincin. Semuanya duit aku. Sebab dia langsung tak berduit.

Aku kawen tanpa becinta, pilihan keluarga. Bila dah bekawen baru aku tahu yang dia ada hutang banyak. Along, hutang duit kawen lagi. Dapat gaji je habis. Aku masa tu dah tak keja, dia kata dia akan jaga aku. tak payah keja. dia akan jaga segalanya.

masa aku sarat mengandung anak pertama, Aku terpksa keja jugak min. Dia dah tak mampu nak belikan barang2 untuk baby. Duit yang aku keja pun habis macam tu ja, sebab dia gunalan untuk bayar hutang2 dia.

Aku ni kempunan nak makan mi Kuah masa tu. Aku nak sangat makan, tapi duit takda tapi dia maarah2 aku min dia kata aku ni menyushkn sebab kena keluarkn duit untuk makan. last2 bapak mertua aku yang pergi beli. Untuk pengetahuan swmua, lepas kawen aku terus duduk dengan mak ayah dia. Sebab dia kata mak ayah dia dah tak ade sapa. Aku tak suka sebenarnya tapi redha ja la.

selama duduk dengan dia, hutang tak habis2. Bertambah hutang ada la sampai sekarang, aku terpaksa bertahan sebab sekarang anak aku dah masuk 3 orang.

Aku kesian diorang min. kalau aku berpisah macam mana masa depan diorang nanti. Aku ni tak bekerja. Aku jual kuih, jual nasi lemak online ja. Aku langsung tak reti apa. Laki aku tak bagi aku berdikari, naik moto ke belajar keta ka jauh sekali.

Duit hasil meniaga aku semua dia sapu, bila aku nak beli roti pun dia cakap tak fikir ke barang dapur habis apa pun tak ada nak makan Asyik roti ja, Ya la min, anak aku pagi2 dha cari benda makan. Selama aku meniaga online. dia tak kerja min. Mengadap game je dari pagi sampai ke pagi. Aku dah tekanan sangat. Duit tak ada, anak tak bersekolah, kereta pun tak ada, rumah sewa sekarang ni pun dah tak berbayar berapa bulan.

Aku buntu dah apa aku nak buat. SAMPAI 1 tahap aku lawan cakap laki aku. Aku dah rasa macam menympah dengan perangai dia tak ubah2. Nak aku layan dia elok. tapi dia buat aku macam takdak perasaan. aku tak mintak kesenangan min, tapi aku mintak dalam diri tu ada sifat tanggungjawab.

7 tahun aku bersusah senang dengan dia. Macam ni dia buat. Perlukah aku buat keputusan yang tak sepatutnya? aku kesian dengan nasib anak2. Bosan duduk dirumh, bapak pulak perangai macam tu. aku ni pun separuh giila dah.

Sumber : kisah rumahtangga