ISU SEMASA

Hukum faraid zaman unta, sudah ketinggalan, kata Asiah Jalil

Pengamal undang-undang, Asiah Abdul Jalil menyifatkan hukum pembahagian harta pusaka yang diguna pakai di negara ini sebagai ketinggalan zaman.

Dia yang juga merupakan aktivis wanita mengharapkan agar agamawan di negara tampil untuk menilai semua hukum tersebut.

“Terbaca status pasal harta pusaka bagi wanita yang tidak berkahwin dan tidak mempunyai anak akan diberikan sebahagian besar kepada Baitulmal.

“Satu aje komen saya, hukum faraid yang diistinbat pada zaman unta sudah ketinggalan zaman pada zaman roket.

“Nak tunggu lebai-lebai istinbat hukum baru, toksah haraplah. Lebai-lebai tak cukup berani nak gunakan akal,” katanya sebentar tadi.

Asiah berkata demikian melalui satu kemaskini di laman Facebooknya.

Seterusnya Asiah turut dilihat mengkritik Baitulmal yang dikatakan akan mengambil semua harta peninggalan golongan muallaf yang tidak mempunyai waris.

“Fauzi Ahmad Musa : Ni belum sembang pasal harta pusaka muallaf lagi tau. Kalau takde waris Muslim, Baitulmal akan sapu semua,” katanya ketika menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh salah seorang kenalan.

Untuk rekod Baitulmal merupakan sebuah badan di bawah Majlis Agama Islam Negeri yang bertanggungjawab untuk mengurus harta masyarakat Islam di negara ini.

Terdahulu Asiah berkata bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam, kerana perkara tersebut telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.

Menurutnya berdasarkan peruntukan undang-undang, Malaysia adalah sebuah negara sekular. – SuaraTV via wowberita