ISU SEMASA

Terbongkar sebab sebenar kenapa MBSA sita gerai burger individu yang buat report pasal kes judi

Heboh di media sosial apabila seorang individu membuat dkwaan terdapat kegiatan premis perjudian serta penjualan rkok selvdup di kawasan Sungai Buloh.

Menggunakan akaun Facebook Hot Burger Malaysia, individu terbabit memuatnaik video mendkwa tiada tindakan sepatutnya daripada pihak berkuasa bagi menangani isu tersebut.

Menurutnya setiap kali dia membuat laporan kepada pihak berkuasa, kedai mesin juudi itu hanya akan ditutup sekejap. Namun selepas dua hari ia dibuka semula.

Dalam video terbabit beliau juga mendkwa berlaku ketidakadilan selepas barangan perniagaan burgernya disita oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)

MBSA bersuara

Terkini, pihak MBSA menjelaskan tindakan menyita barangan perniagaan peniaga burger di Sungai Buloh dilakukan selepas teguran dan nasihat tidak diendahkan.

Timbalan Datuk Bandar, Mohd Rashidi Ruslan berkata, dalam tempoh dua bulan, MBSA sudah dua kali melakukan tindakan sitaan terhadap peniaga yang sama selepas teguran dan nasihat tidak di ambil peduli.

” Untuk makluman tindakan penyitaan itu diambil berikutan peniaga berkenaan meninggalkan peralatan perniagaan selepas selesai melakukan aktiviti perniagaan sehingga menyebabkan masalah lalu lintas dan juga keselamatan pengguna jalan raya.

” Sebelum ini, pihak MBSA sudah memberikan teguran dan nasihat kepada peniaga agar tidak meninggalkan peralatan selepas selesai melakukan perniagaan namun teguran itu tidak diendahkan,” katanya.

Beliau berkata, sedemikian ketika mengulas video yang ditularkan berkaitan tindakan penyitaan terhadap barangan perniagaan yang dilakukan oleh anggota penguatkuasa dari Pejabat Cawangan MBSA Sungai Buloh.

Beliau berkata, peniaga itu juga didapati melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) iaitu berniaga di luar waktu operasi perniagaan yang ditetapkan (melebihi 12 tengah malam).

Katanya, dalam operasi yang sama, pihak MBSA juga turut melakukan tindakan penyitaan ke atas satu lagi premis yang meninggalkan barangan perniagaan serta sebuah premis yang menjual barangan minuman dan rkok.

” Tindakan sitaan ini diambil mengikut Undang-Undang Kecil Penjaja MBSA 2007 Peruntukan 19 (Meninggalkan Barang Perniagaan Ditempat Awam) & Peruntukkan 3 (Menjaja Tanpa Lesen) serta Peruntukkan 42 (Kuasa Sitaan),” katanya.

Mohd Rashidi berkata, berkaitan dengan dkwaan kewujudan premis perjud1an, pihak MBSA akan bekerjasama dan membantu pihak polis dalam menjalankan siasatan.

Katanya, tindakan selanjutnya akan diambil sekiranya siasatan mendapati dkwaan itu benar.

Dalam dua versi video berdurasi 13 minit 28 saat dan lapan minit 29 saat yang dibuat secara langsung oleh pentadbir akaun Facebook Hot Burger Malaysia itu turut mendkwa premis perniagaan diusahakan warga Aceh ‘kebal’ kerana tidak dikenakan tindakan atas kesaIahan menjual rkok selvdup.

Selain itu, video yang dirakam menerusi tinjauan semasa menaiki kereta itu juga mendkwa pihak berkuasa menutup mata kerana ada yang menerima habuan daripada ‘tauke’ kedai mesin juudi.

Kedua-kedua video berkenaan kini mendapat lebih sejuta tontonan dan 22,000 perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang rata- rata mengakui kawasan Sungai Buloh menjadi lubuk kepada aktiviti haram berkenaan

Sumber