ISU SEMASA

Imam Muda Syed Faris Ugut Ambil Anak, Jika Bekas Isterinya berniat Nak Kahwin lain

Sejak awal minggu lalu, rakyat Malaysia digemparkan dengan pendedahan daripada bekas isteri Imam Muda Syed Faris.

Ini mengenai realiti kepincangan rumah tangga mereka sebelum menemui jalan buntu.

Sudah tentunya, satu persatu kisah yang menjadi detik hitam buat Nur Hidayu Rosly dan 5 orang anak hasil dari perkahwinan itu.

Ini membuatkan orang ramai merasa simpati terhadap nasib ibu tunggal itu.

Didakwa turut mengasari tanpa belas kasihan

Kisah Imam Muda Syed Faris yang menceraikan isteri pertamanya, selepas curang dan berkahwin dua.

Serta merta menjadi buah mulut netizen Malaysia di rata-rata platform media sosial.

Lebih menyedihkan, tidak hanya meninggalkan isteri bersama lima cahaya mata.

Malah bekas finalis program realiti dakwah, itu didakwa turut mengasari Nur Hidayu tanpa belas kasihan.

Pernah ugut nak ambil semua anak

Bahkan, Nur Hidayu Rosly mendakwa bahawa bekas suaminya itu turut mengugut untuk ambil lima cahaya mata mereka sekiranya dia berhasrat untuk berkahwin lain.

Imam Muda Syed Faris Ugut Ambik Anak, Jika Bekas lSTERl berniat KAHWlN lain

Katannya lagi, Imam Muda berkenaan turut menggunakan aplikasi pengesan untuk mengetahui gerak gerinya.

Syed Mohd Faris Syed Roslan turut memberitahu teman rapatnya, tiada siapa sanggup mengahwini ‘janda’ anak lima seperti bekas isternya itu.

Nur Hidayu membuat pendedahan selepas Syed Faris menceraikannya dan berkahwin kali kedua secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 18 Mac lalu.

Mereka bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 28 Mei lalu iaitu dua hari selepas menyambut ulang tahun ke-13 perkahwinan.

Taknak Tengok Anak BlNl, Makanan Ditinggalkan Di Selipar Depan Pintv

“Masa PKP memang dia tak balik rumah, kalau dia balik pun suka hati dia nak balik.

Hantar makanan pun kadang-kadang dia hantar dekat saya, dia letak dekat dalam kotak kasut dekat luar.

“Jiran rumah saya nampak, dia cakap dekat saya suami hantar makanan.

Saya bawa masuk dalam anak saya makan, menangis saya tengok. Dia ada kunci rumah, dia boleh masuk dan hantar.

“Tapi kenapa sampai tak boleh nak tengok. Tak boleh nak tengok dah ke muka kami?,” katanya.

Hidayu berkata lagi, ketika bulan puasa pun bekas suaminya itu pulang ke rumah sesuka hati.

Ujarnya, dan Syed Faris mengatakan kepada isteri barunya itu boleh melayannya dengan lebih baik lagi.

“Bulan puasa pun sama, balik ikut suka dia. Dia kata perempuan tu boleh layan dia macam raja.

Ya Allah, sedihnya saya masa tu, 13 tahun saya kahwin.

Bila suami kita cakap macam tu kita rasa macam dah tak ada apa dah untuk kita,” katanya.

Sebelum ini, Hidayu mendedahkan Syed Faris memberitahu sudah berkahwin dengan wanita itu pada hujung Januari lalu ketika dia baru melahirkan anak kelima mereka

Nur Hidayu menerusi sebuah laporan mendedahkan sudah berpisah dan mendakwa dikasari oleh madunya.

Ini selepas Syed Faris bercadang untuk menceraikan salah seorang daripada mereka.

Alasan dia kahwin dengan perempuan itu adalah untuk bantu kewangan keluarga.

Dalam laporan itu, Nur Hidayu mendedahkan Syed Faris hanya memaklumkan dia berkahwin lain hujung Januari lalu.

Ini ketika dia baharu sahaja melahirkan anak kelima mereka.

Dia turut menyedari perubahan mendadak suaminya yang sering pulang lewat.

Malah tidak pulang langsung ke rumah selain Syed Faris juga dikatakan tidak lagi memberikan wang nafkah.

Syed Faris memberi alasan perkahwinan keduanya adalah untuk membantu kewangan keluarga.

Bagaimanapun, Nur Hidayu berkata Syed Faris pernah menyatakan hasratnya untuk berkahwin lagi namun dihalang Nur Hidayu kerana memikirkan anak-anak mereka.

Syed Faris dan Nur Hidayu berkahwin pada 2007 dan dikurniakan lima orang anak iaitu Sharifah Aisyah, 12, Syed Husayn, 10, Sharifah Fatimah, 5, Syed Muawiyyah, 3, dan Sharifah Safiyyah, lapan bulan.

Sumber: Berita Harian (Berita Penuh). via budaksitu