ISU SEMASA

(Video) Suami ‘prank’ mahu tambah isteri baru, isteri menangis sampai basah tudung

Youtuber terkenal dari Kelantan bertindak untuk melakukan ‘prank’ terhadap isterinya yang menyatakan hasrat ingin berkahwin lain.

Youtuber tersebut, Shafiran Azran merakam video secara sembunyi-sembunyi di dalam kereta sebelum memulakan sesi luahan hati dengan isterinya Farah Izwanie

Menerusi perbualan, Shafiran memberitahu isterinya konon dia mengenali seorang wanita di aplikasi Whatsapp dan wanita itu mengajaknya untuk mendirikan rumah tangga.

“Prank Farah. AZ nak nikah lain tengok sampai habis, Agak-agak Farah terima ke tak?,” tulis kapsyen posting video tersebut.

Setelah mengetahui perkara berkenaan, Farah dilihat mengalir air mata dan tidak mampu berkata-kata malah hanya mengikut sahaja hasrat suami sekiranya lelaki itu mahu berkahwin lagi.

“Ikutlah, ikut B (suami) la B,” kata Farah yang sedang mendukung anaknya.

Namun tidak lama selepas itu, Shafiran memberitahu bahawa keinginan untuk ‘menambah cawangan’ itu hanya gurauan sambil memujuk isterinya yang kelihatan masih muram.

Video berdurasi enam minit itu meraih 2,000 perkongsian dan 5,600 tanda suka serta pelbagai reaksi netizen terutama kaum wanita.

Rata-rata mereka berasa kasihan melihat Farah yang terpaksa kecewa seketika selain menyifatkan soal hati dan perkahwinan adalah perkara sensitif untuk dijadikan bahan gurauan.

Sumber : cempedakcheese