ISU SEMASA

Tiada Sekatan Perjalanan, Boleh Balik Kampung Tetapi Perlu Patuh SOP

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tiada sekatan akan dikenakan kepada individu yang ingin pulang ke kampung.

“Sebenarnya tiada sekatan perjalanan. Sebab itu saya kata, masih boleh balik kampung, cuma perlu patuhi SOP lah. Walaupun kerajaan benarkan balik kampung, kita perlu jaga kita,” katanya ketika menjawab soalan wartawan dalam sidang media hari ini.

“Saya tidak tahu kenapa ada khemah polis dan sebagainya (merujuk kepada soalan wartawan), tapi keputusan kita tiada sekatan negeri dan daerah. Mereka boleh balik,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan keputusan kerajaan untuk mengetatkan semula prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilonggarkan di bawah pelaksanaan PKP Pemulihan (PKPP) susulan peningkatan kes baru C0VID-19 di Malaysia.

Sumber: RTM