ISU SEMASA

Pakatan Harapan difitnah sebagai punca TH rugi teruk – Guan Eng

Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng menyifatkan tuduhan jaahat yang dilemparkan saban hari terhadapnya dan parti komponen Pakatan Harapan (PH) berhubung isu Tabung Haji (TH) telah terjawab dalam Parlimen.

Setiausaha Agung DAP itu memberitahu beliau masih ingat pesan Presiden PAN, Mohamad Sabu tentang bahaya fitnah dalam Islam bahawa dosa fitnah lebih besar daripada membunuh.

“Namun, mereka yang menyokong Pas dan Umno tetap menyebarkan fitnah bahawa sayalah yang menguasai dan membuat keputusan dalam TH sewaktu saya menjadi Menteri Kewangan.

“Dalang yang menyebabkan TH terjerumus dalam kerugian dan segala masalah ini masih bebas.

“Tetapi kami yang berusaha menyelamatkan TH pula dipersalahkan dan difitnah tidak henti-henti,” ujarnya dipetik dari hantaran di Facebook beliau hari ini.

Dalam masa sama, Guan Eng membidas pihak yang sering mengeluarkan kenyataan raasis dan seeksis kini berada dalam kerajaan seperti berlaku di Dewan Rakyat kelmarin terhadap Ahli Parlimen Batu Kawan.

“Kesan fitnah ini tidak hilang begitu saja, saya mohon rakan-rakan sebarkan jawapan ini kepada saudara mara dan sahabat handai agar cahaya kebenaran terserlah kembali,” tambah Guan Eng lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *