Keluarga

Saya tahu syurga suami saya di bawah telapak kaki ibu nya tapi saya dah tak boleh terima ibunya mungkin sikapnya yang dulu2 selalu memperlekeh dan fitnah saya

Boleh saya tahu berape ramai yang kurang senang dengan sikap ibu mertua? Dan berdoosa kah kita sebagai isteri memohon cerai dari suami disebbkan kita dah tak boleh nak terima perangai ibu mertua.

walaupun kita suami isteri baik2 aje. Tapi sikap ibu mertua kaki drama. depan anak pandai berlakon mungkin nak perhatiaan anaknya. buat fitnah bagi anaknya jadi bergaaduh suami isteri.

Benda ni dari awal perkhawinan lagi.
hubungan adik beradik suami berantakkan sebab mulut si ibu. dan hubungan kami ipar duai pun tak mesra sebab mulut si ibu. walaupun kami ni Faham perangai si ibu ni suka bawak mulut. fitnah kami bg ipar duai benci kami. Sebab nak kan perhatian.

bila tang kami. burukkan ipar duai sana pulak. beegitu la perangainya dari awal kami berkhawin. memang kami tak duduk sebumbung. Tap ibu mertua selalu datang berjalan2 umah anak2nya.. Bertahun tahun bergitu la perangainya.

Dan bertahun lah kami ipar duai macam musuh bila berjumpa. hanya si sebabkan mulut longkang ni. nak di jadikan cerita. Ibu mertua saakit. dan terpaksa duduk gan anak2. bergilir2 lah anak jaga. tu pun masih tak sedar diri lagi yg diri tu tak berkemampuan.

dok umah anak sana burukkan anak menantu sini. dok umah sini burukkan anak menantu sana. lagi la panas hubungan kami ipar duai. walaupun hanya 2 orang anaknya yg sanggup jaga si ibu ni.

sekarang saya makin tertekan degan sikapnya. walaupun kurang sihat tapi mulutnya masih nak mengadu benda yang tak betul bg kami ni bergaaduh. kalau dulu dia sihat. lantak la nak bawak mulut merata. ni dah tak larat nak jalan tp mulut tetap sama.

berdo0sa ke saya suruh suami hantar ibu nya ke pusat jagaan org tua2 sebab anak dia sendiri pun tak tahan dengan mulut ibunya. disebabkan mulut ibunya itu dia gan abangnya jadi bergaaduh2 bila tiba giliran jaga si ibu nya..

Saya tahu syurga suami saya di bawah telapak kaki ibu nya tapi saya dah tak boleh terima ibunya mungkin sikapnya yang dulu2 selalu menghina saya dan menjadi punca kami bergaaduh suami isteri ipar duai. Dan suami ada jg berkeras untuk jaga ibunya.

katanya menjadi satu doosa hantar ibunya ke pusat jagaan. Bukan la saya nak buang ibunya tp untuk kebaikan saya dan suami. anta ke pusat jagaan. kami tetap boleh melawat. andai kami biarkan dan tak dtg melawat yer kami berdoosa itu yg saya terangkan pada suami..

Hubungan kami makin rengang. kami kerap bergaaduh. salahkah saya memohon cerai. Saya tak nak di sebbkan sikap dingin saya kat ibu mertua. suami saya yg tangung doosa. saya rela undur diri. jika suami berkeras ingin menjaga ibu nya.

Maaf andai susunan ayat tak betul..sebab kepala saya pun dah tak betul memikirkan..jgn kecam. komen yg murni2 aje. org yg tak rasa macam saya memang tak faham.. yg tak faham boleh diam aje. semoga nasib anak cucu anda tak macam saya..

Sumber : kisahrumahtangga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *