Hiburan

Tidak Setuju Anak Dapat B Dalam Subjek Agama Islam , Isteri Azhar Sulaiman Minta KPM Semak Semula Keputusan SPM

Kata Azhar
Seperti biasa, untuk kerja-kerja macam ni memang dibuat oleh ibunya. Dia dah soal Rees bertalu-talu kenapa dapat gred B untuk subjek Pendidikan Islam. Rees cakap dia dah jawab dengan sebaik mungkin.

Satu-satunya cara untuk tahu apa yang Rees cakap tu betul atau tidak, maknya sebagai seorang peguam pergilah buat semakan. Saya tak terlibat dalam proses ini, tak berani nak komen lebih-lebih takut tersilap cakap,”

KPM Betulkan Keputusan Anak Lelaki Azhar
Menurut Azhar, anak kembar lelakinya itu sebelum ini memperoleh 6A daripada lapan subjek yang diambil. Bagaimanapun, selepas semakan dilakukan subjek Pendidikan Islam pada asalnya B mendapat A.

Azhar menerusi satu entri di Instagram berkongsi slip keputusan anak lelakinya yang bersekolah di SMK Seri Hartamas, Kuala Lumpur.

Menerusi perkongsian itu, Azhar menunjukkan keputusan SPM anak lelakinya itu sudah pun diperbetulkan dan turut berterima kasih kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

Rees yang mengambil lapan mata pelajaran berjaya memperoleh A pada semua subjek yang diambil kecuali Bahasa Melayu. Azhar berkata Katanya, anak kembarnya itu akan meneruskan pengajian dalam jurusan undang-undang.

sumber : babybiru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *