ISU SEMASA

“Mak tak sihat, Ayah pula Susah, Tapi Anak Buat Tak Tau je” – Dituduh tak ingat ayah, anak To’ki jawab tohmahan ‘pedas’ netizen

Netizen buat tuduhan

Terkesan dengan apa yang berlaku, salah seorang daripada anaknya dikenali sebagai Noor Hidayah, 27 telah bersuara.

Ini bagi membetulkan tanggapan salah masyarakat terhadap dirinya serta adik-beradik yang lain menerusi Instagram.

Anak jelaskan situasi sebenar

Sehubungan dengan itu, pihak Berita Harian telah mendapatkan sendiri Noor Hidayah bagi menjelaskan apa yang berlaku.

Menurut wanita itu, kali terakhir dia bertemu dengan bapa adalah kira-kira 4 tahun lalu kita mewalikannya semasa bernikah.

Dia dan adik-beradik lain sama sekali tidak mengetahui bapanya hidup melarat kerana sudah lama tidak bertemu.

Ini selepas ditinggalkan oleh penyanyi itu semasa masih kecil lagi tanpa sebarang khabar dan nafkah.

“Sejujurnya, saya dan adik-beradik yang lain baru dapat tahu keadaan ayah selepas berita disiarkan…

Barulah kami tahu ayah sudah berkahwin lain.

“Memang terkejut sebab tidak sangka ayah hidup dalam keadaan begitu.

Sebelum ini, saya ada tengok ayah buat lintas langsung di FB, tetapi tidak sangka begitu keadaan tempat tinggalnya.”

“Kami tak pernah lupa dia”

Menurut Noor Hidayah lagi, pada awalnya mereka hanya ingin mendiamkan diri sahaja.

Namun warganet mulai melemparkan tanggapan kurang enak kepada mereka adik-beradik yang didakwa sengaja mengabaikan penyanyi tersebut.

Jadi, luahan di Instagram itu adalah penjelasan bagi menjawab segala tohmahan yang tidak berasas kepadanya.

“Pada awalnya, kami mahu berdiam tetapi ramai yang membuat tanggapan negatif.

Disebabkan itu, adik beradik mewakilkan saya untuk bersuara.

“Orang cakap kami tidak ingat ayah dan lupa diri selepas hidup senang.

Tetapi mereka tidak tahu apa yang kami lalui sebelum ini.

Oleh hal yang demikian, Noor Hidayah berharap agar apa yang disampaikan ini memperbetulkan tanggapan negatif orang ramai buat dia dan adik beradik yang lain.

Ini kerana mereka sama sekali tidak pernah melupakan To’ki.

Terdahulu, kisah To’ki yang hidup dalam keadaan serba kekurangan telah mendapat perhatian umum sehinggakan Pengurusan Zakat Wilayah dan Ustaz Ebit Lew tampil memberikan bantuan.

“Anak-anak saya semuanya berjaya dalam bidang masing-masing dan berpelajaran tinggi.

Tuduhan mendakwa saya tidak menghiraukan mereka adalah tidak benar. Mereka hidup selesa dengan bekas isteri.

Saya memohon orang di luar janganlah menulis yang bukan-bukan dan menimbulkan cerita yang tidak benar,” katanya mengulas persoalan dibangkitkan netizen mengenai anak-anak.

To’ki akur tatkala diri mendapat perhatian ramai, isu seumpama itu datang menerjah.

Tidak keberatan berkongsi, To’ki berkata dia memiliki lima cahaya mata hasil daripada perkahwinan pertama.

To’ki berkata, anak sulungnya berusia 28 tahun iaitu Mohd Hafizi; diikuti Noor Hidayah, 27, Noor Husna, 22; Noor Aishah, 21 dan Mohd Hairi Hanis, 18.

Enggan mengambil endah tanggapan netizen, To’ki percaya ada hikmah di sebalik ujian dihadapi.

To’ki berkata, bakatnya mula dihargai apabila video yang dimuat di laman Facebook (FB) mencatatkan tontonan tinggi.

Tambahnya, ada hikmah di sebalik penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 18 Mac lalu.

“Nama saya menjadi sebutan ramai sejak PKP. Dulu, apabila saya buat siaran langsung di FB, tontonan hanya tiga atau empat orang. Sekarang mencecah ribuan penonton.

To’ki berkata, dia tidak menyesal memilih untuk menetap di pondoknya itu.

“Sebelum ini, pondok ini hanyalah tempat persinggahan saya. Saya hanya di sini beberapa malam untuk mencari inspirasi.

“Tetapi, sejak lebih setahun lalu, saya memutuskan untuk menetap di sini kerana saya mahu menyediakan kandungan yang baik untuk pengikut laman sosial.

Seiring dengan perniagaan industri muzik sekarang, saya juga mahu mewujudkan saluran YouTube sendiri,” katanya ditemui di pondoknya di Gombak, dekat sini, semalam.

Selain aktif di laman sosial, To’ki banyak memenuhi undangan nyanyian di ibu negara.

“Sebelum PKP, saya banyak mendapat undangan nyanyian di Johor, Kedah dan Pulau Pinang. Saya ada dua persembahan tetap iaitu di I’Dahlia Corner, Persiaran Stonor dan Pak Tam Sri Corner, Batu Caves pada setiap hujung minggu,” katanya mengakhiri perbualan.

Dalam salah satu kenyataanya di akhbar, To’ki telah meminta maaf kepada semua pihak yang pernah terguris kerananya pada masa lampau.

Dia enggan memanjangkan lagi segala dakwaan-dakwaan yang dilakukan oleh orang ramai.

Sumber: Yayazaky, Fatin Farhana Ariffin( Berita Harian)

artikel dari budaksitu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *