Amalan

Suami Yang Tak Pernah Solat Tolong Taubat Sebab Kalian Sepatutnya Bawa Anak Isteri Ke Syurga Bukan Sebaliknya, kata Prof Muhaya

Pakar mata popular itu memuat naik video tersebut setelah sering diajukan persoalan hampir sama dari para isteri.

“Assalamualaikum banyaknya orang tanya saya, Prof macam mana suami saya ni tak bekerja, saya kerja dan bayaran bil semua saya yang buat?

“Ini saya nak sebut tagline ini; ‘suami malas akan suka cari isteri berdikari’. Cuba tengok sentap atau tidak, kalau suami cakap saya nak cari wanita yang independent, ada kerjaya dan sebagainya takut-takut anda sebenarnya malas untuk menunaikan tanggungjawab.

“Dan ingat setiap kali anda (suami) tidak diberi nafkah akan dituntut,” pesannya.

Pada masa sama, Prof Muhaya yang turut terkenal di kalangan selebriti ini juga turut memberi pesan kepada para ‘imam’ di luar sana.

“Saya nak jawab soalan kepada suami isteri mengenai soalan ini, suami yang tidak solat dan sebagainya. “Tolong, suami yang tak solat tolong taubat sebab kalian sepatutnya membawa anak serta isteri ke syurga.

“Suami yang tiada niat bawa anak isteri ke syurga, pada saya sia-sia hidup dia. Cuba audit balik hidup kita. “Hnetilah dulu nak pergi mengeteh atau apa, tengok pada keluarga terlebih dulu,” katanya

Lalu, rata-ratanya memberikan reaksi positif terhadap apa yang telah diperkatakan pakar motivasi terkenal itu.

Terdahulu, Prof Muhaya sering sahaja memuat naik video berunsur nasihat dan motivasi menerusi media sosial selain diundang ke program-program televisyen tempatan.

jom hayati bait2 lirik Saat lafaz sakinah di bawah

Saat Lafaz Sakinah – Far East

Heningnya… Sunyi suasana… Lafaz sakinah bermula

Apa rasa..Diterjemah hanya Sebak abah, tangis ibunda

Adalah aku, wali puteriku..Serah kini amanahku ini pada mu..Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Dulu esakkannya sandar di bahuku, Tangisannya kini ku serah padamu , Bukan bermakna, dia bukan milikku, Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia wanita syurga, Mengerti benar akan maharnya, Taat itu bukan hanya pada nama, Indah ia pada maksudnya

Ku akur Akan pesanmu, Puterimu kini amanahku, Iringilah Dengan doamu Bahagia kami…

Kredit : Instagram Profesor Muhaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *