ISU SEMASA

Moratorium Akan Tamat Tak Lama Lagi, Ini Perkara Yang Mungkin Berlaku Kepada Ekonomi Malaysia

menurut laporan, Datok Nor Shamsiah Mohd Yunus iaitu Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) telah menjelaskan bahawa krisis perbankan adalah sukar untuk diuruskan kerana impaknya kepada ekonomi mengambil masa yang lama.

Tambahnya lagi, keadaan aktiviti ekonomi dijangka akan bertambah baik pada separuh kedua pada tahun 2020 dengan andaian viirus pandemik Co0vid-19 ini dapat ditangani.

Oleh itu, seorang pengguna Twitter iaitu @wolfipali telah menjelaskan tentang apa yang mungkin bakal berlaku kepada ekonomi negara setelah tamatnya moratorium pada bulan September ini

Perkongsian tersebut telah ditulis melalui satu rangkaian tweets dengan tujuan menjelaskan apa kemungkinan yang bakal berlaku kepada ekonomi negara Malaysis setelah tamatnya moratorium atau ‘honeymoon’ dalam masa tiga bulan lagi.

Baca dan fahami perkongsian di bawah:

Apa itu ‘great depression’?

Sudahkah negara menghadapi recession atau lebih dikenali sebagai kelembapan ekonomi?

Jawapannya, sudah.

Mungkin pada ketika ini ramai yang berbelanja tanpa fikir apa kesan yang bakal berlaku setelah tamatnya moratorium nanti

Sebab itulah setiap individu perlu sentiasa beringat dengan apa jua yang anda lakukan agar tidak susah dikemudian hari. Malah, bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku, negara Malaysia telah merangka Pelan Pemulihan Ekonomi yang akan menolong rakyat menghadapi cabaran ini.

Namun, apa pula yang perlu rakyat lakukan? Baca di sini.

Bukan setakat itu sahaja, dalam insentif yang diberikan juga ada diselitkan tentang benefit pembelian rumah, terutamanya kepada golongan B40 dan M40

Jika anda kurang terasa dengan impak ekonomi negara buat masa kini, anda boleh teruskan berbelanja dengan bantu berbelanja dengan golongan tempatan

Sementara itu, Menteri Kewangan iaitu YB Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz baru-baru ini telah berucap mengenai pelaksanaan Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (NEGARA) menjelaskan bahawa kepada peminjam yang mengambil moratorium yang bakal berakhir pada 30 September ini masih boleh menggunakan kemudahan dengan menyusun semula penjadualan bayar balik.

“Bagi mereka yang mungkin memerlukan kemudahan penyusunan dan penjadualan semula selepas 30 September, peminjam dinasihatkan untuk berbincang dengan institusi kewangan masing-masing.

“Demi kelangsungan aliran tunai, kalau boleh janganlah tunggu sehingga saat-saat akhir untuk berbincang dengan institusi kewangan anda,” jelasnya.

“Persetujuan dicapai untuk menetapkan bahawa jumlah ansuran bulanan pinjaman tidak akan berubah bagi peminjam sewa beli (konvensional dan Syariah) sepanjang tempoh pembiayaan itu. Ini juga bermakna tiada sebarang caj tambahan akan dikenakan sewaktu tempoh moratorium (penangguhan).”
Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Sumber : says

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *