ISU SEMASA

Beli Dari Bundle, Kawan Gadis Ini Diganggu Makhluk Halus

Menurut seorang pengguna Twitter yang bernama Tuan Nur Aisyah, dia mendedahkan rakan baiknya, Aziatul yang merupakan penggemar barang terpakai telah diganggu oleh makhluk halus selepas membeli pakaian di sebuah kedai bundle.

Ketika hari kejadian, Aisyah tidak menemani kawannya itu namun diberitahu selepas mengalami mimpi yang ngeri.

“Kawan saya ada pergi ke satu kedai bundle ni dekat Raub. Kemudian dia beli satu baju hoodie yang cantik tapi dekat bahagian tengkuk ada tanda merah macam daarah la. Jadi dia beli dan balik basuh hilang kesan daarah tu.

“Macam biasa lah kami keluar bergambar semua okay ja tapi satu hari dia mimpi yang ada orang cari dia. Dia kata, aku nak barang aku. Dia terkejut dan terjaga pukul 3 pagi dan terus WhatsApp cakap tak boleh tidur.

“Hari kedua pun macam tu. Sampai seminggu dia dah tak tahan kenapa dia mimpi macam tu. Jadi, bagitau mak dia terus bawa jumpa ustaz. Ustaz tanya la macam-macam, ada pergi tempt tak elok ke waktu maghrib? Ada usik barang orang ke? Ada bawak balik barang yang tak sepatutnya ke?

“Ustaz tanya juga ada beli barang-barang dari kawan atau kat kedai pelik. Kawan saya cakap tak ada. Puas fikir sampai nk tercabut otak hahaha. Lepastu saya cakap lah, haritu beli baju bundle kan. Kau cakap ada kesan daarah dekat tengkuk baju tu.

“Kami jumpa balik ustaz bagitau pasal baju tu. Ustaz pun cakap “kalau macam tu kita pergi jumpa tuan kedai”. Kawan saya setiap malam tidur dengan adik-adik dia sebab takut. Tiap malam kibas katil, lepas tu renjis air yang sudah dibaca ustaz,” kongsinya.

Tambah Aisyah, 21, mereka nekad untuk bertemu dengan pemilik kedai itu untuk mengetahui tentang asal usul pakaian tersebut.

Setibanya di kedai, mereka mengetahui pakaian itu merupakan milik seorang maangsa kemaalangan jalan raya.

“Esok tu kitorang pergi balik kedai bundle. Tanya pekerja dia tapi dia cakap memang ambik stok kt luarlah apa bagai. Lepastu ustaz nk jumpa pemilik bundle tu. Nak jadikan rezeki masa tu memang pemilik dia ada kt kedai.

“Pemilik (perampuan) tu dia cakap tak tau. Dia cuma cakap selalu stok baju-baju ni suami dia yang selesaikan. Sekali panjang umur suami dia datng. Jadi ustaz jelaskan apa jadi kat kawan saya.

“Dia cakap baju yang dia ambik tu baju dari orang yang meningggal akibat kemaalangan motosikal. Ustaz tanya lah macam mana dia amik dan dia pun cerita lah kesemuanya.

“Ustaz pun cakap “kalau awak tau siapa tuan punya baju, lebih baik awak pulangkan secepat mungkin”. Lepas dengar tu seminggu dia tak boleh tidur sebab terfikir pakai baju orang yang dah meningggal.

“Ustaz rawat kawan saya selama seminggu dan kami pun pulangkan terus baju tu,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Aisyah menyatakan walaupun kejadian itu terjadi pada tahun 2017 namun masih segar di ingatannya.

Malah, mereka berdua akan teliti dulu sebelum membeli pakaian bundle untuk menghindari daripada terjadi perkara yang sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *