Keluarga

Isteri Janganlah Buat Semua Kerja Rumah, Simpan Sikit Untuk Suami Selesaikan

Yang si dia tahu, balik rumah komplen rumah tak bersepah dan bising pasal anak-anak tak terurus. Pernah tak tanya kenapa isteri tak sempat buat semua itu?

Agak-agak kalau isteri tak ada di rumah seminggu, apa yang akan jadi dalam rumah itu ya? Ini mungkin sebab terbiasa dengan didikan sebelum kahwin.

Sebelum Kahwin, Semua Mak Buat

Baju letak saja atas lantai, nanti mak kutip, mak letak dalam mesin, mak basuh, mak sidai, dan akan mak lipat. Tak payah pening kepala. Sampai bab nak makan apa, si anak cuma cakap saja nak makan apa. Mak akan pergi pasar, mak beli barang, mak masak, mak panggil makan.

Tengok rumah bersepah, jangan risau sebab kejap lagi mak akan kemas. Bilik berselerak, buarkan saja sebab nanti mak akan kemas. Saakit demaam, mak jaga.

Si anak?

Anak boleh fokus main game, boleh fokus keluar lepak dengan kawan-kawan, boleh fokus buat apa yang dia nak buat.

Selepas Kahwin, Semua Bini Buat

Baju letak saja atas lantai, bini kutip, bini letak dalam mesin, bini basuh, bini sidai, bini lipat. Nak makan apa, cakap saja, bini g pasar, bini pergi beli barang, bini masak, dan kejap lagi bini panggil makan.

Masuk cerita rumah bersepah, tak payah bising, bini akan kemas. Bilik berselerak pun, bini akan kemas. Sakit demam, bini jaga. Suami boleh fokus main game, boleh fokus keluar lepak dengan kawan-kawan, boleh fokus buat apa yang dia nak buat.

Itulah puncanya! Jadi kalau tak nak susahkan orang perempuan dan tak nak isteri murung, tolonglah buat kerja sama. Tak salah pun bantu isteri di rumah. Jangan sampai anggap suri rumah yang tak ada pendapatan itu macam orang gaji ya, tahu mengarah bila nak sesuatu.

Paling teruk, nak air pun jerit suruh isteri ambilkan. Hmmm… Fikirlah sehabis baik sebelum nasi menjadi bubur.

Simpan Kerja Rumah Untuk Suami

Kalau nak curi-curi tidur pun belum tentu dapat. Buka Tv bagi anak tengok pun, kadang tetap dikacau maknya. Mana lah ada masa nak lelap. Melainkan anak itu jenis tidur siang. Hakikatnya dari pagi hingga petang, isteri memang tak cukup rehat.

Bila ada anak-anak sekolah, selesai ambil anak-anak, baru boleh rehat kejap. Tapi matanya dah mula tengok jam, tunggu suami pulang sebab tak sabar nak kongsi emosinya.

Bukan bermakna kerja rumahtangga dah habis, tetapi dia dah simpan sikit kerja rumah untuk encik suaminya bantu. Maka, kalau suami balik tengok ada pinggan mangkuk tak dibasuh, selesaikan.

Tengok ruang tamu ada mainan dan bantal-bantal, tolong simpan dan susunkan. Nak harap isteri semua buat, serius tak akan berlaku. Penyudahnya suami kritik, isteri tertekan! Tak pasal-pasal berlaku perang dingin pula.

Hah, sekarang cuba kalian bayangkan kalau Dunia Tanpa Wanita. Naik seri tak suasana dalam rumah tu, sempat ke uruskan kehidupan harian tanpa ‘air tangan’ seorang wanita?

Maka, hargailah golongan WANITA yang berhati seeksi!

Sumber: Mingguan Wanita via islam itu indah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *