ISU SEMASA

Jual Tapak Sehingga Sejuta Ringgit. Kegiatan Warga Asing Mula Kantoi, Ini Punca Kenapa Mereka Mampu Bayar Semahal Itu

Pemegang lesen tapak itu menyasarkan warga aslng dari My4nmar dan BangIadesh sebagai pembeli kerana keupayaan kewangan kumpulan itu yang tinggi dan mampu membayar jumlah yang ditawarkan.

Ibarat pisang goreng panas, warga aslng hanya menanti peluang pemegang lesen warga tempatan untuk menjual tapak kepada mereka kerana tahu hasil keuntungan jualan yang boleh dikaut mencecah jutaan ringgit setahun.

Mendedahkan senario itu kepada Harian Metro, sumber berkata, kegiatan itu bukan lagi rahsia dalam kalangan peniaga kerana sebelum ini pasar borong utama negara itu sememangnya dimonopoli warga aslng.

Rupanya ada konsortium

Menurutnya, harga tinggi ditawar tidak menjadi masalah untuk dibayar warga aslng kerana mereka ada ‘konsortium’ yang mampu mengumpul dana sebanyak itu.

“Pemegang lesen warga tempatan mahu kaut untung mudah dengan jual kepada warga aslng. Namun untuk pastikan kegiatan mereka sukar dikesan, segala urusan membabitkan lesen dan permit pihak berkuasa tempatan (PBT) diurus pemegang lesen.

”Pembeli tapak warga aslng pula hanya perlu bayar secara one-off (bayar sekali gus) jumlah yang dipersetujui dan segala urusan PBT akan diuruskan pemegang lesen manakala warga aslng akan menyamar sebagai pekerja jika pemeriksaan mengejut dijalankan,” katanya kepada Harian Metro.

Mengulas lanjut, sumber berkata, warga asing sememangnya mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh kerana mampu menerima upah RM300 hingga RM500 sehari sekiranya bekerja di pasar borong dan Pasar Harian Selayang.

Katanya, daripada pendapatan diterima, ia dikumpul bersama beberapa lagi rakan senegara sehingga cukup sebelum mencari pemilik tempatan mahu menawarkan tapak kepada mereka.

” Keuntungan mencecah jutaan ringgit kerana menjadi pemborong bahan mentah seperti ikan, ayam, daging dan sayuran menyebabkan warga aslng tidak kisah membuat pelaburan tinggi hanya sebuah tapak.

” Jika mereka sudah ada tapak, tiada masalah mendapatkan pelanggan kerana PBKL dan Pasar Harian Selayang menjadi tumpuan umum peniaga seluruh negara mendapatkan bekalan,” katanya.

Beliau berkata, dakwaan itu mempunyai asas kerana masih ada sekurang-kurangnya 50 tapak pasar borong dan 100 tapak pasar harian masih lagi ‘tidak berpenghuni’ kerana pemiliknya adalah warga aslng yang kini sudah tidak dibenarkan berniaga.

Katanya, pemilik tapak pula tidak mempunyai pekerja untuk menguruskan tapak berkenaan dan ia sudah lebih sebulan dibiarkan kosong selepas operasi menggempur warga aslng dijalankan di sekitar PBKL susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) kerana C0vid-19.

Tambahnya, tapak dibiar kosong itu sepatutnya tidak berlaku sekiranya pemegang lesen individu yang berniaga namun ia ditukar milik kepada warga aslng demi untung mudah.

” Jika keadaan ini berterusan sudah pasti ia akan menutup peluang warga tempatan yang mahu berniaga kerana pemiliknya menjual tapak kepada warga aslng seterusnya ekonomi setempat akan dimonopoli orang aslng berbanding warga tempatan,” katanya

Warga aslng ‘takluk’ Gelang Patah, cetus kebi1mbangan penularan COVI1D-19

Dalam perkembangan lain di ISKANDAR PUTERI: Gelang Patah, di sini, ibarat ditawan warga aslng apabila deretan kedai dikuasai pendatang sejak lebih lima tahun lalu, sekali gus mendatangkan keb1imbangan ri1siko penvlaran wab4k COV1ID-19 di kawasan itu.

Tinjauan di Medan Nusa Perintis 1, Gelang Patah, mendapati terdapat lebih 20 premis perniagaan atau kedai yang dikendalikan warga Bangladesh dan Pakistan.

Antara perniagaan yang dijalankan mereka termasuklah kedai runcit, pakaian, restoran, kedai serbaneka selain kedai permaidani dan perhiasan rumah.

Mereka turut memasang poster mengiklankan pelbagai perkhidmatan ditawarkan termasuk penghantaran pulang wang ke negara mereka dalam bahasa ibunda masing-masing, sekali gus menjadikan pengunjung seperti berada di negara asing.

Sumber : Trending Sangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *