ISU SEMASA

Hannah Yeoh dan Siti Kassim disiasat kerana cenderung gugat ketenteraman awam, kata Datuk Huzir

Siasatan ke atas Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh dan peguam Siti Kassim dibuat berikutan kenyataan mereka yang dimuatnaik di laman sosial mempunyai kecenderungan menghasut dan mengapikan mana-mana golongan dan menganggu-gugat ketenteraman awam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenaayah Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamad berkata, siasatan kini dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5).

Pada 11 Mac lalu satu siasatan telah dimulakan ke atas hantaran yang ditularkan akaun Facebook Hannah Yeoh.

Kenyatan tersebut: “Memandangkan Timbalan Menteri KPWKM adalah dari Pas, maka perkahwinan dengan kanak-kanak perempuan bawah umur (bagi menghalalkan seeks dengan kanak-kanak) akan berleluasaa selepas ini. Ini adalah penyakit Orang Islam di negara ini tidak bertamadun”.

Menurut Huzir, siasatan diklasifikasikan di bawah Seeksyen 4(1) Akta Hasutan kerana kecenderungan menghaasut, Seeksyen 505(c) Kanun Keseksaan kerana mempunyai niat hendak mengaapikan atau yang mungkin mengapikan mana-mana golongan atau kaum untuk melakukan sesuatu kesalahan terhadap mana-mana golongan atau kaum lain.

Turut diklasifikasikan di bawah Seeksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Beliau berkata, Hannah Yeoh akan dipanggil untuk direkodkan percakapannya bagi menjelaskan tentang kenyataan yang mempunyai kecenderungan menghasut dan boleh mencetuskan suasana yang tidak harmoni itu.

Dalam satu lagi perkembangan siasatan sama, seorang lagi pemilik akaun Facebook bernama Siti Kassim yang memuat naik posting kenyataan bertajuk Pis Way of dealing with a Problem pada 27 Mei lalu.

Sementara itu, katanya, satu siasatan juga telah dimulakan ke atas Siti Kassim kerana mengeluarkan kenyataan yang sengaja mengaibkan dengan niat membangkitkan pecah keaamanan.

“Kenyataan pemilik akaun bernama Siti Kassim adalah berbunyi “…You want to ban alco0hol just because it suits you? Then ban Thafiz Schools too for causing much daamage to our innocent children. Get it pis?”.

“Siasatan berkenaan dijalankan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseeksaan kerana sengaja mengaibkan dengan niat boleh membangkitkan pecah keamanan dan Seeksyen 233 AKMM 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“Setakat ini sejumlah 113 laporan pols telah dibuat di seluruh negara berkaitan isu ini dan pemilik akaun FB Siti Kassim akan dipanggil untuk direkodkan keterangan bagi menjelaskan kenyataan yang dibuat kerana ia sengaja mengaaibkan dengan niat membangktkan pecah keamanan..siasatan masih diteruskan,” ujarnya.

Huzir menggesa orang ramai agar tidak membuat, menerbitkan atau mengedarkan sebarang kenyataan, khabar angin atau berita yang mempunyai kecenderungan menghaasut yang boleh mendatangkan suasana tidak harmoni,perpeecahan, perasaan permuusuhan dan boleh mengguggat ketenteraman serta keselamatan awam.

“Tiada sesiapapun akan terlepas dari sebarang tindakan sekiranya didapati dengan melanggar apa jua undang-undang negara,” tegasnya.- MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *