ISU SEMASA

Kenapa harga ayam naik mendadak selepas PKPB? korang ada jawapan?

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid berkata, pihaknya tahu dan turut meminta pengguna peka dengan situasi sekarang seperti dilaporkan Sinar Harian.

“Isu harga ayam naik dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) selepas 3 Jun telah kita jangka berlaku memandangkan sebelum ini kita kawal harga ayam pada paras maksimum RM7.50 sekilogram.”

Menurutnya lagi, pengguna diminta melaporkan jika mengesan kenaikan harga ayam melebihi RM9.50 sekilogram bagi memudahkan pemantauan dan tindakan diambil.

“Jika berlaku kenaikan mendadak, kita akan buat kawalan balik kerana harga ayam di pasaran terutama di pasar raya juga dilihat tidak menentu, ada RM7.90, ada hari RM7.50.”

Rosol menegaskan adalah tidak wajar harga ayam melebihi RM9.50 dan meminta orang ramai menggunakan aplikasi mudah alih ‘price catcher?’ bagi membuat perbandingan harga.

“Kita sarankan supaya masyarakat cari tempat yang jual dengan harga murah seperti di pasar raya dan sebagainya kerana ia diperoleh dalam kuantiti banyak dan harga lebih murah.”

Selain itu, disarankan juga kedai-kedai yang menjual ayam di kampung perlu meletakkan tanda harga pada barangan yang dijual untuk mengelakkan kekeliruan.

Jadi, sama-sama kita saksikan sama ada saranan ini dipatuhi atau tidak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *