ISU SEMASA

Wanita Zaman Sekarang Bukan Selemah Yang Disangka, Tiada Suami Pun Dia Boleh Berdikari Dan Hidup

Menguruskan rumah, dia…memasak, dia…menjaga anak2, dia…hantar anak sekolah, dia…ambik anak sekolah, dia…keluar beli barang dapur, dia…bayar bil & hutang, dia…jaga mak, jaga mertua, dia…bekerja, dia…berniaga, pun dia.

Semua dia buat macam mna dia tak penat…? dia ada 2 tangan, 2 kaki sma mcm kita orang lelaki, tapi serba serbi dia boleh buat dan dia adalah seorang wanita.

Kalau dah serba serbi dia yang buat, dimana ‘LEMAHNYA’ itu? Kalau benar dia lemah, dah lama dah dia rebah tapi kenapa sampai hari ini dia masih kuat, masih bertahan, masih gagah?

Sebab dia buat utk keluarga dia, untuk suami dia, untuk anak-anak dia.

Yang bertambah sedih dan malang, dapat pula suami yang tak membantu dia, suami yang tak faham bahasa, suami yang lepas tangan lagi la dia kena jadi kuat. Kalau boleh, dia tidak mahu saakit langsung sebab dia tahu, kalau dia sakit, tiada siapa yang akan ganti tempat dia untuk buat kerja yang dia buat.

Nak harap suami, faham-faham je la, ada sekadar ‘ada’ sahaja, sekadar nama ja ‘suami’, tidak membantu, tidak mengurangkan beban dia, bahkan bila diminta tolong, bila disuruh buat, dia kena marah pula.

Sebab tu isteri-isteri zaman sekarang, kalau dia ckp dia penat, kita tahu sebab apa dia penat…sebab semua bebanan diletakkan dibahunya dan suami tak berusaha untuk menanggung beban itu bersama-sama.

Macam tu kita kata indahnya kehidupan berumahtangga…?

Meletakkan sesuatu tidak kena dgn tempatnya itu dipanggil menganiaya…berapa ramai suami menganiaya isteri pada zaman sekarang?

Kredit : firdaus shakirin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *