ISU SEMASA

SPRM rampas wang tunai RM600,000 dari rumah 2 ahli Armada

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas wang tunai sebanyak RM600,000 dipercayai milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dari rumah dua anggota Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Pengarah siasatan SPRM, Norazlan Mohd Razali dipetik daripada laporan The Star berkata, kedua-dua ahli Armada itu disoal siasat pada 5 Jun lalu berhubung laporan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman susulan kehilangan RM250,000 dari peti simpanan di rumahnya.

“Setelah disoal siasat, pegawai pergi ke rumah kedua-dua anggota berkenaan di dua lokasi berasingan di Kuala Lumpur.

“Para pegawai menemui sejumlah RM600,000 wang tunai di dua lokasi,” katanya.

SPRM turut merampas sebuah kereta berharga RM100,000 milik pihak ketiga yang dipercayai dibeli menggunakan dana yang telah disalahgunakan.

Terdahulu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad Perikatan Nasional (PN) menggunakan SPRM untuk memberi tekanan kepada parti pembangkang khususnya yang menyokong beliau.

SPRM sebelum itu menolak dakwaan itu dan menegaskan siasatan yang dilakukan bukan bermotif politik dan suruhanjaya itu hanya menyiasat aduan yang dibuat Syed Saddiq berhubung kehilangan wangnya pada Mac lalu.-MalaysiaGazette

p/s : gambar hiasan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *