ISU SEMASA

#Covid-19 : KKM Temui Kluster Baru, Kluster Pangsapuri Cheras

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi sebuah posting di laman sosial rasmi Facebook (FB) mengumumkan mengenai kluster baru COVID-19.

Menerusi hantaran pada jam 7.30 malam tadi, KKM mendedahkan penemuan Kluster Pangsapuri Cheras dan mengesahkan enam rakyat tempatan positif COVID-19.

Bagaimanapun, punca jangkitan masih dalam siasatan KKM.

Sementara itu menerusi sidang media harian berkaitan Covid-19 di Putrajaya, hari ini Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 38 kes baru j4ngkitan Covid-19 dilaporkan dan merekodkan 7,857 kes positif keseluruhan.

Beliau berkata, 38 kes baru dilaporkan itu membabitkan 26 kes import yang mendapat j4ngkitan di luar negara dan dikuarantin sebaik tiba di negara ini.

Katanya, daripada 12 kes penularan tempatan, enam kes adalah bukan warganegara Malaysia manakala enam kes lagi membabitkan warganegara Malaysia.”Sehingga kini, lapan kes positif Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dua daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, tiada kematian berkaitan j4ngkitan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kem4tian adalah 115 kes iaitu 1.46 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. – Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *